Motosikal

KAWASAKI JALIN KERJASAMA DENGAN BIMOTA – MAHU HASILKAN 200 MOTOR TAHUN 2020

Kawasaki Motors Europe mengesahkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan pengeluar motosikal dari Itali, Bimota. 

Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kawasaki, pihaknya telah menubuhkan Italian Motorcycle Invenstment S.p.A (IM) pada 16 April 2019. IM bertanggungawab mengilang dan menjual motosikal jenama Bimota di Rimini, Emilia, Romagna, Itali. 

Sebaik sahaja menerima pelaburan daripada Bimota S.A., namanya akan ditukar kepada Bimota  S.p.A. Kawasaki juga mengsahkan ia akan menjadi pembekal teknologi dan enjin untuk syarikat yang berpangkalan di Rimini itu. 

Mereka dilapor bakal menghasilkan 200 buah motosikal pada tahun 2020. Syarikat itu diketuai oleh pereka model konsep Bimota Tesi 3d, Pierluigi Marconi yang turur memainkan peranan penting dalam pembinaan model konsep Bimota Tesi H2. 

“Model-model konsep serba baharu ini bakal menggabungkan teknologi pertama TESI daripada Bimota dan inovasi termaju jentera Kawasaki breprestasi ultra tinggi, Ninja H2,” kata Marconi. 

Selepas sekian lama, laman web Bimota dihidupkan kembali dengan hanya satu model dipaparkan dalam bentuk Bimota Tesi H2. 

Bimota ditubuhkan pada tahun 1973 oleh Massimo Tamburini, Giuseppe Morri dan Valerio Bianchi. Sepanjang tempoh tersebut, syarikat itu telah mengalami jatuh bangun seperti bankrap, dibeli dan sebagainya.

Google ads
Back to top button