,
Motosikal

DUCATI PANGGIL SEMULA MULTISRADA 1260 SEBAB MASALAH TONGKAT

Ducati Amerika Utara akan memanggil semula 493 unit Multistrada 1260 buatan tahun 2018 dan model Pikes Peak kerana berisiko mengalami kerosakan tongkat sisi.

Motosikal yang terlibat dihasilkan di antara September 2017 hingga Februari 2018. Tongkat sisi yang rosak itu didakwa dibekalkan oleh sebuah syarkat pembekal Ducati.

Komponen itu dikatakan mempunyai kimpalan tidak sempurna di antara tiub dan tempaan di bahagian atas tongkat berkenaan.

Berikutan kecacatan ini, motosikal mungkin boleh jatuh secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.

Sehingga kini, tiada laporan kemalangan berkaitan isu itu. Komponen yang ditambah baik telah dipasang oleh Ducati sejak Februari 2018.

Tags
Google ads
Back to top button