,
Motosikal

TMS 2019: KAWASAKI NINJA ZX-25R. SUPER SPORTS 250CC PALING BERKUASA DALAM KELASNYA

Kawasaki Heavy Industry (KHI) hari ini memperkenalkan jentera super sports popularnya, Ninja ZX-25R pada acara Tokyo Motor Show 2019.

Apa yang menarik sangat pasal motosikal ini? Harus tahu bahawa  Ninja ZX-25R menjadi satu-satunya jentera super sports yang menggunakan enjin empat selinder sebaris dalam kelas motosikal berkuasa 250cc.

Enjin serba baharu empat lejang DOHC menawarkan kuasa yang lancar ketika memecut serta tork pada kelajuan rendah dan sederhana. Kawasaki bagaimanapun tidak mendedahkan angka sebenar kuasa dan tork enjin tersebut.

Namun, ia didakwa lebih berkuasa berbanding pesaingnya seperti Yamaha R3 dan KTM RC 390.  

Bukan itu sahaja, talaan yang dibuat pada sistem ekzos dan pengambilan udara memberikan bunyi unik ketika jentera ini ditunggang laju. Ini membolehkan penunggang menikmati bunyi enjin yang mengujakan setiap kali pendikit minyak dipulas.

Seperti yang boleh dilihat, badan Ninja ZX-25R sarat dengan garis-garis tajam.

Ini kerana Kawasaki memperkenalkan falsafah reka bentuk dan teknologi analisis struktur pada bahagian badannya.

Teknologi itu sebenarnya diambil daripada penglibatan Kawasaki dalam perlumbaan seperti World Superbike Championship (WSBK).

Mengetengahkan kerangka trellis ringan yang baru direka, sistem suspensi hadapan canggih Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) yang pertama digunakan dalam segmen motosikal 250cc, angkup monoblock, suspensi belakang dengan sambungan horizontal dan sebagainya.

Ia pasti dapat memberi kualiti pengendalian cemerlang, terutama ketika mengambil selekoh.     

Aspek keselamatan ditingkatkan menerusi pelbagai teknologi sokongan penunggang seperti Kawasaki Traction Control (KTRC), Power Mode dan Kawasaki Quick Shifter.  

Kawasaki memberitahu jentera itu didatangkan dalam gabungan warna hijau-hitam. Bilakah tarikh ia mula dijual di pasaran masih belum diketahui.  

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button