Motosikal

KAWASAKI LANCAR NINJA 250 SE ABS & 250 SE DI INDONESIA – BERMULA RM19K

PT Kawasaki Motor Indonesia baru-baru ini melancarkan dua varian Kawasaki Ninja 250 SE ABS dan 250 SE 2020.  Jentera itu ditawarkan pada harga bermula 64 juta rupiah (RM19,000) seunit.

Sudah berada di para pengedar Kawasaki mulai Ogos 2019, jentera itu tidak berubah dari segi spesifikasinya. Tetapi, ia kini hadir dengan teknik sistem cat yang baru iaitu Magnetic Design Painting (MDP) untuk varian paling atas. 

MDP yang ditawarkan pada varian SE ABS itu menggunakan teknologi magnet. Ia berfungsi membentuk lekukan tiga dimensi pada fairing.   

Selain MDP sportbike itu dilekatkan dengan grafik baharu yang lebih menarik. Warna merah putih pada varian SE ABS itu mula digunakan di pasaran Jepun. 

Ia kini dipasang dengan sietem kunci pintar Kawasaki Intelligent Proximity Start System (KIPASS) yang membolehkan enjin dihidupkan dan hendal dikunci dari jarak jauh.

KIPASS merupakan sistem yang sama pada model sportbike touring 1400GTR/Concours 14. 

Bukan itu sahaja, Ninja SE 2020 juga dilengkapi ciri lain seperti frame slider, cermin hadapan lebih tinggi dan tempat duduk tunggal. 

Tags
Google ads
Back to top button