Buletin Khas

KENAPA TRAK PIKAP LEBIH BANYAK KELEBIHAN BERBANDING SUV?

Memang diakui trend pemilikan kenderaan pada masa kini lebih menjurus ke arah SUV. Kita boleh lihat kebanyakan pengeluar mulai serius dalam menghasilkan SUV dalam barisan model untuk dijual kepada umum sehingga model sedan menjadi semakin tenggelam.

Namun jarang sekali bakal pembeli membandingkan antara SUV dengan trak pikap. Mungkin mereka masih lagi terbayangkan trak pikap 20 tahun yang lalu dengan pemanduan seakan lori, bau diesel yang memasuki kabin serta ciri keselamatan yang minima.

Tetapi, trak pikap pada hari ini sebenarnya telah melalui satu proses evolusi yang telah mematangkan segala aspek kelemahannya. Dari segi keselesaan, tahap pelepasan asap, kualiti pemanduan, ciri keselamatan dan penggunaan bahan api, trak pikap adalah setanding dengan SUV ataupun lebih baik

Antara pembaharuan yang dibuat pada trak pikap termasuklah:

1. Membaiki posisi kedudukan kusyen pemandu supaya perbezaan rasa pemanduan pikap dengan kereta sedan adalah hampir sama atau sama sahaja dengan SUV. Pada masa yang sama trak pikap masih menggunakan cesi ladder frame yang tahan lasak berbanding SUV.

2. Walaupun menggunakan cesi ladder frame, cesi ini telah dikemas kini dengan pelbagai ciri keselamatan atau Advance Safety Assist (3.0) yang terbaru. Ini termasuklah brek kecemasan automatik, Lane Keep Assist dan sistem pemanduan adaptif. Kedudukan stereng juga boleh dilaras secara teleskopik dan ketinggiannya boleh diubah.

3. Berbeza dengan SUV yang hanya ditawarkan dengan pacuan 2 roda atau pacuan semua roda AWD, trak pikap ditawarkan dengan ciri pacuan 4 roda melalui mekanisme transfer case. Ia menawarkan pilihan 2WD, 4WDH atau 4WDL.

4. Kabin penumpang trak pikap juga menawarkan versatiliti sama seperti sedan atau SUV seperti kusyen belakang boleh dilipat 60:40, tempat letak minuman yang boleh memuatkan botol 1.5 liter, sistem hawa dingin berzon, aircond blower untuk penumpang belakang, kusyen pemandu dengan pelarasan kuasa elektrik serta sambungan sistem infohibur dengan ciri Apple Car Play dan Android Auto.

5. Trak pikap memiliki ruang kargo di bahagian belakang yang cukup luas serta direka dengan keupayaan membawa beban yang 2 atau 3 kali lebih tinggi berbanding SUV. Ini membolehkan pemilik menggunakan trak pikap sebagai kenderaan perdagangan dan membawa trak pikap untuk keluar beriadah di hujung minggu

6. Kelebihan ruang kargo di bahagian belakang ini juga membolehkan pemilik melakukan kerja-kerja tambahan di hujung minggu dengan menawarkan servis penghantaran barang dan perkhidmatan seru pandu memindahkan barangan logistik

7. Trak pikap akan datang dengan enjin turbodiesel yang menghasilkan tork tinggi pada RPM rendah. Ini membolehkan trak pikap membawa beban yang berat dengan senang. Tambahan pula enjin diesel memiliki kecekapan therma yang lebih baik dan menyumbangkan penggunaan bahan api yang lebih baik dari enjin petrol. Kos penyelenggaraan enjin diesel juga jauh lebih murah dan senang dijaga

Semua ciri-ciri kelebihan pikap trak ini ada pada Isuzu DMax 2021 yang baru dilancarkan pada bulan April 2021. Dengan harga yang mampu milik, ia menawarkan pelbagai ciri moden dan mewah yang setara atau lebih baik daripada SUV dalam harga yang sama

Google ads
Back to top button