
JALANI GAYA HIDUP AKTIF DENGAN COROLLA CROSS HYBRID. LASAK, JIMAT BAHAN API
SUV/crossover merupakan genre yang paling cepat berkembang dalam sejarah dunia automotif.
Hampir semua pengeluar kenderaan di dunia menawarkan varian crossover sebagai alternatif kepada sedan dan kereta kompak, baik dari segmen mampu milik sehinggalah mewah.
Antara kelebihan yang ada pada crossover ialah kedudukannya yang tinggi berbanding model sedan, biarpun menggunakan platform yang sama. Sebagai contoh, Toyota Corolla Cross walaupun berkongsi platform TNGA-C dengan Corolla Sedan, tetapi ia tetap berbeza dari segi jara kelegaan permukaan jalan.
Toyota Corolla Cross memiliki jarak kelegaan yang lebih baik pada 161mm berbanding Corolla Sedan dengan 129mm. Kelebihan jarak ini membenarkan Corolla Cross dipandu di atas permukaan yang lebih mencabar, tidak rata dan meredah banjir kilat dengan mudah.
Kelebihan ketinggian ini membolehkan Corolla Cross dipandu dan digunakan bagi pemilik yang memiliki gaya hidup yang lebih aktif. Mereka boleh ke kawasan perkelahan yang sukar dicapai oleh sedan biasa atau ke tapak perkemahan yang yang sukar diakses pada hujung minggu.
Sistem suspensi SUV/crossover juga ditala dengan rekaan yang berbeza berbanding sedan. SUV menggunakan spring dan penyerap hentak yang lebih tinggi. Rekaan sebegini membenarkan crossover menyerap hentakan dari permukaan jalan kampung yang buruk dengan lebih baik.
Sekiranya anda melakukan perjalanan jauh, crossover/SUV akan menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa. Kedudukan pemandu yang lebih tinggi juga menawarkan jarak penglihatan yang lebih bagus.
Berbeza dengan pengeluar lain yang hanya menawarkan varian enjin pembakaran dalam sahaja, Corolla Cross turut ditawarkan dengan varian hibrid yang lebih mesra alam. Rangkaian kuasa tersebut mampu mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan lebih menjimatkan bahan api.

Bagi pemandu yang gemar aktiviti lasak dan memuatkan peralatan perkemahan di ruang kargo belakang, jangan risau kerana ruang kargo Corolla Cross Hybrid sama sahaja dengan varian petrol.
Berbanding model lama yang memuatkan bateri sistem hibrid di ruang belakang, Corolla Cross Hybrid direka dengan bateri diletakkan di bawah tempat duduk penumpang.
Jadi ruang kargo belakang kekal besar dengan 440 liter serta bukaan pintu yang lebih baik. Sekali gus membolehkan pemilik meletakkan basikal lipat di belakang dengan mudah.
Tak ada beza langsung dengan varian petrol biasa. Sebenarnya rekaan dengan bateri di bahagian lantai dan di tengah cesi ada kelebihan tersendiri.
Ia menghasilkan pengendalian yang lebih bagus disebabkan kurangnya masalah momen of inersia. Bateri yang berat diletakkan serapat mungkin dengan pusat graviti kenderaan. Hasilnya, kenderaan lebih stabil dipandu walaupun di laluan berselekoh.
Pemilik juga tak perlu risau tentang fasiliti pengecasan kerana bateri pada sistem hibrid akan dicaj secara automatik semasa kenderaan membrek. Anda boleh berkhemah di Cameron Highland, Desaru atau berbasikal di mana-mana sahaja tanpa perlu risau mengenai jarak perjalanan dan tempat mengecaj.

Bateri sistem hibrid juga lebih matang dan tahan lama kerana ia menggunakan logam nickel metal hydride sebagai bahan utama. Ia lebih tahan lasak pada cuaca panas dan sejuk berbanding bateri ion lithium.
Kalau anda ke Singapura, anda boleh lihat Toyota Prius telah dijadikan teksi sejak sekian lama dan boleh dipandu beratus ribu kilometer tanpa masalah.
Jadi gabungan crossover dengan teknologi hibrid adalah satu pendekatan yang baru dalam dunia automotif. Sedangkan satu masa dahulu, sistem hibrid hanya dimuatkan pada kereta kompak sahaja.
Rekaan ini memenuhi gaya hidup pemandu masa kini yang gemarkan aktiviti lasak dan aktif, lebih menjimatkan bahan api dan lebih mesra alam.