Buletin Khas

TOYOTA VIOS 2023, KECEMERLANGAN LUAR JANGKAAN

Toyota Vios generasi terbaru diperkenalkan pada bulan Mac 2023 merupakan antara produk awal yang dihasilkan oleh kilang pemasangan Toyota terbaru di Bukit Raja. Sehingga pada hari ini, hampir 500,000 unit Toyota Vios dari generasi pertama dan terkini telah dijual kepada pasaran Malaysia membuktikan Toyota Vios adalah salah satu model popular di kalangan pengguna

Jika anda masih ingat, Toyota Vios pada awalnya adalah sebuah kereta sedan kompak dalam segmen B, telah mula berubah arah menjadi sedan yang lebih premium berbanding dengan Vios generasi sebelumnya. Namun ia masih lagi dijual dengan harga di bawah RM 100,000 dengan semua kelengkapan premium dengan teknologi terkini

Toyota mengekalkan formula yang sama iaitu menggabungkan kualiti, ketahanan dan keboleharapan produk yang dipakejkan dalam citarasa yang premium. Sebagai contoh, selain diberikan ciri balutan lembut dalam kabin, Vios juga sarat dengan teknologi moden seperti sambungan Apple Car Play, Android Auto, kamera 360 darjah, brek parkir elektrik, lampu tinggi automatik, skrin 9 inci dan platform moden

Berbeza daripada model sebelum ini, Toyota Vios 2023 tampil dengan rekaan fastback yang sporti, rim 17 inci yang bergaya, lampu signal sequential dan juga lampu LED dengan projektor. Pemandu dan penumpang pula akan mengalami kualiti perjalanan yang lebih selesa dengan NVH yang dipertingkatkan, ergonomik yang lebih baik dan corong penyaman udara di belakang

Jaminan keselamatan turut dipertingkatkan dengan pengenalan ciri keselamatan yang lebih bagus berbanding dengan generasi sebelumnya. Toyota Safety Sense untuk Vios merangkumi kawalan pemanduan adaptif, brek kecemasan automatik, Sistem Lintasan Lorong, Sistem Pengekalan Lorong, Sistem Kesilapan Operasi Pedal, dan Amaran Pergerakan Trafik melindungi pemandu dari kelalaian

Sistem adalah sistem tambahan kepada sistem Amaran Lintasan Trafik Belakang, Amaran Titik Buta, kamera 360 darjah, 6 sensor parkir, pengilap cermin automatik dan juga lampu tinggi yang beroperasi secara automatik.

Semua ciri keselamatan, kemudahan yang boleh diaktifkan secara automatik dan keselesaan yang ditawarkan menjadikan Toyota Vios bukan lagi sekadar kenderaan untuk anda bergerak dari poin A ke poin B, tapi ia adalah kenderaan yang memenuhi citarasa dan gaya hidup anda dari A hingga ke Z

Sebagai contoh, Vios menawarkan ciri pengecasan tanpa wayar dan pada masa yang sama menyambungkan peranti iPhone anda dengan sistem multimedia tanpa wayar dengan mudah. Pada masa yang sama terdapat 3 poin USB yang membenarkan penumpang lain mengecaj peranti mereka. Sekiranya perlu, terdapat soket 12 vol dengan kuasa 120watt tersedia untuk digunakan

Tuntutan tugas yang memerlukan anda sering memandu dan menjadi letih adalah satu perkara yang dititikberatkan oleh Toyota dengan keselamatan pemandu dan penumpang menjadi keutaamaan sistem Toyota Safety Sense. Sampai ke destinasi dengan selamat dan bertemu dengan insan tersayang adalah lebih utama daripada sampai dengan terburu-buru.

Malah jika anda mengembara bersama ahli keluarga, anda akan menghargai ciri ciri lain yang ada seperti corong penyaman udara belakang, sistem pemanduan adaptif, 2 cagak ISOFIX di tempat duduk belakang, 6 tempat meletak minuman, 475 liter ruang kargo, ruang simpanan tambahan serta kabin yang lebih luas.

Walaupun berkongsi platform DNGA-B dengan beberapa model Daihatsu atau Perodua yang lain, tapi terdapat beberapa aspek kejuruteraan yang membezakan Toyota yang menjadikannya lebih berprestasi tinggi. Sebagai contoh bahan kedap bunyi ditambah dalam rongga cesi bagi menjadikan Vios lebih senyap dan selesa.

Pendakap cesi telah dipasang pada belakang penyandar kusyen belakang untuk menjadikan cesi lebih tegar dan menghasilkan pengendalian yang lebih mantap. Brek cakera digunakan untuk roda belakang bagi prestasi brek yang lebih meyakinkan. Malah ciri paddleshifter turut disediakan untuk kawalan gear yang lebih sporti.

Malah untuk menjadikan prestasi pecutan dan kawalan Vios lebih bagus, Toyota merombak semula platform Vios baru dengan menjadikannya lebih ringan sebanyak 110kg dengan menggantikan tayar simpanan kecemasan dengan kit pembaikan tayar. Ruang lebihan tadi pula boleh digunakan untuk menyimpan kasut, peralatan sukan atau perkakasan hobi anda dan boleh diakses pada setiap masa.

Dengan menjadikan Vios lebih ringan, pecutan Vios menjadi lebih baik berbanding dengan model terdahulu selain prestasinya di selekoh menjadi semakin lincah. Pengurangan berat juga menjadikan penggunaan bahan api Vios lebih baik pada 16.5km per liter mengikut pandu uji oleh penulis

Malah gandingan sistem pemanduan adaptif, Pre Collision System, Sistem Lintasan Lorong dan Sistem Pengekalan Lorong menjadikan Toyota Vios 2023 dikategorikan sebagai kenderaan Pandu Sendiri Peringkat 2. Sedikit sebanyak ia akan mengurangkan bebanan pemanduan jarak jauh, memberikan keselesaan serta menjadikan perjalanan lebih selamat

Secara keseluruhan, pakej yang ditawarkan oleh Toyota menerusi model Vios membuktikan Toyota berubah menjadi lebih berani dan ofensif berbanding dengan model lama. Toyota meletakkan apa sahaja ciri istimewa yang ada pada katalog komponen mereka bagi memastikan Vios terus memberikan tawaran terhebat pada pelanggan

Rekaan fastback yang sporti, rim 17 inci yang lebih bergaya, brek parkir elektrik, kamera 360 darjah, meter digital LED dengan grafik menarik, skrin 9 inci, ciri keselamatan Vehicle Telematic System serta disokong oleh liputan pusat servis bertauliah yang mudah diakses oleh semua pengguna

Malah jika diteliti, nilai jualan semula kenderaan jenama Toyota adalah lebih baik berbanding dengan pesaingnya yang lain disebabkan kepercayaan pembeli terhadap kualiti, ketahanan dan keboleharapan kenderaan jenama Toyota.

Namun tidak semua perancangan menjadi kenyataan, contohnya kenaikan bahan mentah serta nilai Ringgit yang semakin lemah menyebabkan harga jualan Toyota Vios meningkat menjadi RM 89,600 bagi varian 1.5E dan RM 95,500 bagi varian 1.5G

Bagi memberi peluang kepada bakal pembeli, Toyota bermurah hati menawarkan rebat tunai sebanyak RM 5,000 ringgit atau bayaran bulanan serendah RM 688 kepada bakal pembeli yang layak. Anda hanya perlu melawat laman rasmi Toyota Malaysia dan buat tempahan dengan segera di pusat jualan terdekat kerana tawaran adalah terhad.

Jadi ini adalah masa terbaik untuk anda menaiktaraf kualiti hidup anda dengan memiliki satu jenama kenderaan yang terkenal dengan ketahanan, teknologi dan keselamatan tinggi

Google ads
Back to top button