Artikel Pilihan

JENAMA AUTOMOTIF BRITAIN YANG TELAH BERTUKAR PEMILIK

Britain atau negara United Kingdom of Britain adalah tempat dimana lahirnya beberapa jenama automotif yang terkenal di dunia, seiring dengan negara Jerman, Itali, Peranchis dan juga Jepun. Namun berbeza dengan pesaing mereka dari negara lain, jenama automotif Britain sebenarnya menjadi semakin malap malah telah bertukar hak milik kepada syarikat dari negara lain

Jadi pada hari ini kita akan senaraikan jenama automotif Britain yang sudah terjual ke syarikat dari negara lain:

1. Vauxhall – diasaskan oleh Alexander Wilson pada 1857 di Bedfordshire, England sebagai sebuah entiti yang menghasilkan enjin untuk kegunaan kapal dan juga pam air. Pada tahun 1863 selepas bertukar pemilik, ia dinamakan sebagai Vauxhall Iron Works.

Pada tahun 1925, Vauxhall telah dibeli oleh General Motor daripada Amerika kerana kemampuannya menghasilkan kereta mewah. Namun GM telah merubah jenama Vauxhall daripada menghasilkan kereta mewah kepada kereta untuk kegunaan orang awam. Setelah mengalami kerugian selama beberapa tahun, jenama Vauxhall sekali lagi dijual

Kali ini GM melepaskan tangan daripada Vauxhall kerana gagal membuat untung di Eropah dan menjualnya kepada PSA Peugeot dengan harga 1.3 Billion Euro pada tahun 2017. Dua kali bertukar tangan, dari US kepada Peranchis.

2. Mini – Mini adalah salah satu model ikonik yang dijual British Motor Corporation pada tahun 1968 sama seperti model Austin Mini dan Morris Mini. Disebabkan Mini Cooper ini memiliki jenama yang sangat kuat, ia mendorong BMW membeli jenama sub Mini pada tahun 1996 termasuklah Rover Group. Tapi pada tahun 1999, BMW menjual jenama Rover tapi mengekalkan subjenama Mini

Jadi pada tahun 2000, jenama Mini dihidupkan semula oleh BMW dengan menggunakan platform baru yang tak pernah dihasilkan oleh BMW iaitu kedudukan enjin di depan cesi dan pacuan roda depan. Mini berjaya meraih Car of the Year America 2003 dan Germany Car of The Year 2006 serta terjual sebanyak 2.5 juta unit pada 2012

3. Rolls Royce Motors Car Limited – sebenarnya dimiliki oleh satu kongmolerat kejuruteraan terbesar di Britain iaitu Vickers PLC. Namun pada tahun 1998, Vickers telah menjual paten rekaan kenderaan, kilang pembuatan, logo Spirit of Ecstacy dam juga rekaan jeriji depan kepada Volkswagen pada harga 430 juta pound selepas Vickers PLC sudah bosan dengan automotif

Malangnya jenama Rolls Royce dan logo RR dimiliki oleh Rolls Royce PLC yang menghasilkan enjin kapal terbang dan dijual kepada BMW dengan harga 40 juta pound. Pandai kan BMW, beli lagi murah tapi mengusai jenama daripada Volkswagen. Selepas rundingan rumit, BMW berjaya memiliki rekaan jeriji depan dan logo Spirit of Ecstacy mulai tahun 2002 bermula dengan model Phantom

4. Rover – selepas berjaya memiliki jenama Mini Cooper, BMW menjual entiti Rover kepada Pheonix Consortium iaitu sebuah syarikat Britain tapi dengan syarat jenama dan logo Rover hendaklah digunakan secara berlesen daripada BMW. Pada tahun 2005 Rover berada dalam keadaan bankrap dan gagal membayar hutang.

Aset fizikal syarikat ini dijual kepada Nanjing Autobile Group dengan harga 53 juta pound yang merangkumi peralatan, mesin dan juga kilang. Cetak biru atau Intelectual Property Rights dijual dengan harga 67 juta pound pada SAIC tapi gagal membeli jenama dan logo Rover daripada BMW disebabkan ia telah dijual kepada Ford. Ini menyebabkan SAIC melancarkan jenama mereka sendiri iaitu Roewe.

5. Bentley -diasaskan oleh adik beradik Walter Owen Bentley dan HM Bentley pada tahun 1919 di London. Ia menjadi kebanggaan Britain apabila menang Le Mans 24 Jam pada 1924, 1927, 1928, 1929 dan 1930. Jadi ia menjadi pilihan bagi keluarga yang kaya raya serta diminati oleh pegawai tentera pangkat tinggi

Disebabkan kegawatan ekonomi 1928, Bentley gagal melunaskan hutang dan menjadi hak milik Rolls Royce dengan harga 125,000 ribu pound dan mewujudkan satu entiti baru iaitu Bently Motors. Tapi Rolls Royce, pemilik jenama Bently mengalami masalah kewangan dalam bisnes enjin kapal terbang meyebabkan jenama Bently dan Roll Royce Motor dijual kepada Vicker PLC.

Pada tahun 1997, Vickers PLC menjual semua bisnes automotif kepada Volkswagen termasuklah Bentley dan Rolls Royce. Tapi BMW lagi pandai, dia beli jenama Rolls Royce dan logo RR daripada Rolls Royce Holding. Bentley kekal dibawah VW, menghasilkan jenama mewah yang mengekalkan identiti Bentley seperti Flying Spurs, Continental GT dan Bentayga.

6. Lotus – merupakan syarikat yang diasaskan oleh Colin Chapman pada tahun 1948 yang banyak terlibat dalam perlumbaan dan juga F1. Syarikat Lotus ini telah banyak kali bertukar tangan bermula dari dimiliki oleh GM, diikuti oleh pembelian oleh pemilik yang sama dengan Buggati, berpindah tangan ke Proton pada tahun 1996 dan akhir sekali 51% saham Lotus dimiliki oleh Geely. Baki 49% lagi baki saham Lotus masih milik Malaysia sehingga hari ini

7. Jaguar Land Rover – ok ini pening sikit sejarah 2 syarikat ini. Jenama Jaguar telah dijual kepada Ford pada tahun 1989 dan pada tahun 1999 jenama Jaguar diposisikan sebagai jenama premium yang bernaung di bawah Ford. Dalam usaha menjual Jaguar, Ford menggunakan enjin, transmisi dan platform Ford tapi rekaan luar Jaguar. Ia menyebabkan jenama Jaguar menjadi semakin terhakis daripada sebagai jenama Premium

Pada tahun 2000, Ford juga membeli jenama Land Rover daripada BMW selepas melihat kejayaan jualan Range Rover 2001. Malah jenama Land Rover merupakan antara jenama yang menerima dekri Royal Warrant, iaitu pengiktirafan produk dan servis yang diterima oleh keluarga diRaja Britain dan boleh diiklankan yang keluarga diRaja amat berpuas hati dengan Land Rover

Menjelang kemelesetan ekonomi pada tahun 2008, Ford telah menjual kedua dua jenama Jaguar dan Land Rover kepada Tata Group Holding dengan kos 1.7 billion pound dan percuma 2 jenama yang sudah dorman seperti Lanchester dan Daimler. Beli 2 percuma 2, baik betul Ford ni.

Google ads
Back to top button