" "
Buletin Khas

TOYOTA YARIS, KERETA KOMPAK YANG FLEKSIBEL DAN SELESA

Tak semua pengguna mahukan SUV besar, sedan yang panjang ataupun trak pikap sebagai sebuah kenderaan harian. Ada yang mahukan sebuah kenderaan kompak tapi luas, praktikal, padat dengan sistem keselamatan terkini dan juga menjimatkan bahan api

Namun pada masa yang sama ia mestilah datang daripada sebuah jenama yang dipercayai oleh ramai dan juga melambangkan status si pemilik. Mungkin anda hanya perlukan sebuah Toyota Yaris dengan harga permulaan RM 73,800 sebagai kereta harian anda. Lagipun harganya lebih murah jika dibandingkan dengan sedan Toyota Vios

Walaupun dari segi ukuran saiz, ruang kargo Toyota Yaris adalah kecil tapi ia masih menang dari segi praktikaliti terutama dengan penawaran bukaan pintu ruang kargo yang besar. Jika kusyen belakang dilipat, maka anda boleh membawa barangan yang besar dengan mudah terutama jika anda suka membeli belah di Ikea

Dari segi rekaan luar, Toyota Yaris dengan rekaan badan hatchback nampak lebih muda dan bergaya jika dibandingkan dengan Toyota Vios. Ditambah dengan kit badan yang sporti, spoiler, rim 16 inci, lampu depan LED, lampu DRL LED terbina dalam dan bukaan jeriji depan yang besar, Toyota Yaris memang kelihatan lebih sporti

Walaupun saiznya yang kompak memudahkan urusan parkir dibuat, tapi Yaris tetap datang dengan sistem kamera 360 darjah. Aspek kecemerlangan Yaris dalam keselamatan diperkukuhkan lagi dengan ciri 7 beg udara, sistem amaran titik buta dan juga Sistem Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)

Sistem keselamatan aktif pula diselia oleh Toyota Safety Sense merangkumi Pre Collision System dan Lane Departure Alert. Pakej ini cukup lengkap untuk pemandu baru dan juga wanita dari sebarang kemungkinan di atas jalan raya.

Rekaan dalaman selain dilengkapi dengan kusyen yang sangat selesa, turut dipasang dengan ciri moden yang lain seperti sambungan Apple Car Play & Android Auto, 2 sambungan USB untuk mengecas telefon, pengecas telefon tanpa wayar dan sistem penjejakan Vehicle Telematics System.

Sama seperti Toyota Vios, Toyota Yaris dipadankan dengan enjin 1500cc 4 silinder yang menjan 107 kuasa kuda dan 140Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT dengan pilihan 7 kelajuan Sport Sequential Shiftmatic dengan 3 mode pemanduan

Anda boleh menggunakan mode ECO untuk kecekapan bahan api, Mode Sport untuk kuasa yang maksimum ataupun Mode Normal bagi pemanduan yang optima antara Sport dan ECO. Toyota Yaris memang sebuah jentera yang sangat selesa bagi pemanduan harian anda

Tapi samaada anda perlukan sebuah kereta yang akan digunakan sebagai kenderaan harian, sebagai kenderaan kedua, mahupun sebagai kenderaan pertama yang bergaya untuk orang muda Toyota Yaris adalah pilihan yang tepat dan boleh diharap.

Google ads
Back to top button