VOLKSWAGEN TIGUAN ALLSPACE HIGHLINE. SUV 7 TEMPAT DUDUK YANG SEMPURNA UNTUK ANDA
Anda perlukan sebuah SUV, tapi pada masa yang sama ia mestilah berkuasa, menjimatkan bahan api, ada ruang yang luas, boleh bawa 7 penumpang, pelbagai guna dengan keupayaan sistem pacuan semua roda?
Jika anda perlukan sebuah SUV dengan semua kriteria yang kami nyatakan di atas, jadi anda sebenarnya perlukan Volkswagen Tiguan Allspace. Cesi MQB yang digunakan telah dipanjangkan sehingga 2787mm bagi memuatkan 2 penumpang tambahan.
Ini menjadikan Tiguan sebuah SUV 7 tempat duduk dan masih mengekalkan kapasiti 230 liter ruang kargo walaupun semua tempat duduk digunakan. Sekiranya 2 tempat duduk barisan ketiga ini dilipat, ruang kargo akan bertambah menjadi 700 liter.
Sekiranya perlu, hanya 2 tempat duduk di barisan depan digunakan bagi menghasilkan ruang seluas 1775 liter. Pendek kata Tiguan Allspace ini sangat fleksibel dari segi susun atur tempat duduk. Anda boleh menyusunnya menjadi 2, 3, 4, 5, 6 atau 7 tempat duduk.
Varian paling menarik pastilah varian Highline 1.4TSI yang menghasilkan kuasa 150PS dan tork 250Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi DSG 6 kelajuan lengkap dengan penukar gear di belakang stereng bagi pemanduan lebih mengujakan.
Varian 1.4TSI Highline datang dengan teknologi LED bagi lampu DRL. Manakala lampu utama hadir dengan ciri Dynamic Headlight Range Control serta Dynamic Cornering Light. Lampu belakang pula dilengkapi teknologi LED dengan efek 3D.
Dari segi keselesaan, pemandu akan mendapat tempat duduk yang boleh dilaras secara elektrik dengan 12 tetapan. Tidak ketinggalan, penyaman udara tiga zon, digital kokpit yang memaparkan semua maklumat pemanduan, sistem multimedia 8 inci, lapan unit pembesar suara, ciri ketersambungan Android Auto dan Apple Car Play. Malah terdapat satu βmejaβ kecil yang boleh dilipat di belakang kerusi hadapan.
Ciri-ciri moden yang lain termasuklah brek parkir elektrik dengan AutoHold, pintu ruang kargo berkuasa elektrik, butang Start/Stop, kamera undur, soket USB-C, lampu kabin pada waktu malam serta tempat duduk dibalut kulit βViennaβ.
Dari segi keselamatan, varian Highline kekal cemerlang dengan penawaran sistem ESC, 6 beg udara, sistem pencegahan kecurian lengkap bersama ciri anti-tunda, Driver Alert System, Engine Drag Torque Control dan Multi Collision Brake System.
Volkswagen Tiguan Allspace kini ditawarkan rebat eShowroom sebanyak RM3,500 serta diskaun RM4,000 dan promosi pengecualian cukai SST 0%.
Untuk bonus tambahan, anda juga akan diberi 3 tahun servis percuma, 5 tahun jaminan pengeluar dan 5 tahun bantuan kecemasan 24 jam sekiranya kereta mengalami kerosakan luar jangka ketika memandu.
Untuk menikmati semua tawaran ini, anda boleh lawat laman sesawang rasmi Volkswagen Tiguan Allspace di SINI. Jangan risau, SUV ini telah tersedia dan anda tidak perlu menunggu berbulan-bulan untuk memandunya dengan penuh gaya.