Buletin Khas

INI BUKTI SISTEM HIBRID TOYOTA MEMANG POWER DAN TAHAN LASAK

Teknologi hibrid sebenarnya telah lama diilhamkan oleh jurutera sejak dari tahun 1899 lagi. Salah satu pelopor awal teknologi hibrid ialah Ferdinand Porsche, tapi dengan model kereta mampu milik yang dikeluarkan oleh Henry Ford, maka idea ini berkubur begitu sahaja.

Idea hibrid ini muncul semula apabila sekumpulan eksekutif dan jurutera Toyota mengadakan perbincangan pada tahun 1993. Salah satu impian yang ingin dicapai oleh mereka ialah menghasilkan kenderaan yang lebih mesra alam dan cekap tenaga.

Daripada perbincangan itu, kenderaan konsep G21 dihasilkan dengan idea ia akan menggunakan teknologi awal sistem hibrid Toyota Energy Management System yang akhirnya digantikan dengan Sistem Hybrid Synergy Drive. Konsep tersebut dijelmakan dalam bentuk model Prius pada tahun 1997.

Pada tahun 2017, Toyota berjaya menjual lebih 6.15 juta unit kenderaan hibrid di seluruh dunia sehingga berjaya menguasai 61 peratus pasaran dunia. Menyedari potensi yang ada pada sistem Hybrid Synergy Drive, pada tahun 2005 Toyota merancang menyertai aktiviti perlumbaan dengan sistem hibrid.

Bagi mengkaji keupayaan sistem hibrid mereka, Toyota menghasilkan Lexus GS450h di perlumbaan 24 jam Tokachi, Jepun. Kereta lumba berteknologi hibrid itu menghasilkan 341 kuasa kuda, berjaya menamatkan perlumbaan tanpa sebarang kegagalan sistem pada kedudukan 17 dari 33 jentera.

Namun keunggulan teknologi hibrid dapat dilihat dengan pengenalan jentera TS050 Hybrid yang dikuasakan bersama enjin 2,400cc turbo berkembar yang menghasilkan 493 kuasa kuda dan sistem janakuasa hibrid dengan kuasa tambahan 493 kuasa kuda.

Sistem hibrid yang digunakan dikenali sebagai Toyota Hybrid System-Racing. Ia menggunakan kaedah dan konsep yang hampir sama dengan sistem Toyota Hybrid Synergy Drive. Sistem hibrid dengan bateri lithium ion tersebut akan menangkap tenaga yang “terbebas” dengan menggunakan kaedah brek regeneratif daripada dua unit Motor Generator Unit (MGU)

MGU akan dipasang pada gandar depan dan belakang bagi membolehkan jentera TS050 diklasifikasikan dalam kumpulan LMP1.

Ini membolehkan Toyota Gazoo Racing menjuarai perlumbaan Le Mans 24 jam dari tahun 2018, 2019 dan 2020 dengan jarak perlumbaan sejauh 5,286km dalam masa 24 jam. Ini membuktikan teknologi hibrid Toyota benar-benar lasak walaupun digunakan dalam perlumbaan getir.

Pada tahun 2021, Toyota Gazoo Racing telah memperkenalkan jentera perlumbaan baharu dan diasaskan dengan teknologi hibrid iaitu GR010 HYBRID. Berbeza dengan TS050, model baharu menggunakan enjin V6 3,500cc turbo berkembar yang menghasilkan 670 kuasa kuda dan dihantar ke tayar belakang.

MGU yang menghasilkan 268 kuasa kuda dipasang pada tayar depan. Namun gabungan kuasa daripada sistem bateri dihadkan secara elektronik pada 670 kuasa kuda sahaja berdasarkan kehendak penganjur World Endurance Championship.

Namun ia tidak menghalang Toyota untuk menggapai kejuaraan buat kali keempat dengan mencatat 371 pusingan bersamaan dengan 5.054km dalam masa 24 jam.  Sekaligus mengalahkan pesaing mereka sebanyak 2 pusingan.

Ini membuktikan sistem Hybrid Synergy Drive yang digunakan oleh Toyota pada kenderaan berkuasa hibrid mereka bukan sahaja amat lasak. Malah boleh diharap jika digunakan untuk perlumbaan yang paling mencabar sekalipun.

Di sesetengah negara seperti Singapura, Austria, Australia, Korea Selatan dan Emeriah Arab Bersatu (UAE), mereka menggunakan Toyota Prius sebagai teksi awam tanpa sebarang masalah. Prius bukan sahaja lebih bersih berbanding teksi biasa, malah memberi lebih nilai pada pemilik melalui penjimatan bahan api.

Jadi jangan terkejut kalau dalam masa beberapa tahun lagi, anda akan melihat lebih banyak kereta berkuasa hibrid akan digunakan secara meluas. Ini bagi menggantikan kenderaan berkuasa konvensional apabila kesedaran terhadap alam sekitar kian meningkat.

Google ads
Back to top button