Buletin Khas

CATATAN MASA TERPANTAS LITAR NURBURGRING 2022 – KERETA YANG SELALU TAMPAL PELEKAT LITAR TU MASUK SENARAI TAK?

Sejak 20 tahun yang lampau (masa tu watak-watak di Mekanika ni semua masih baby face), rekod kelajuan satu pusingan litar Nurburgring menjadi menjadi senjata pemasaran utama pengeluar kereta. Boleh dikatakan ia sama penting dengan catatan masa 0-100 km/j. Kecuali kalau kenderaan tu dihasilkan untuk bawa hasil pertanian dan ayam proses memang tak penting masa sepusingan terpantas ni.

Catatan ini sebenarnya dilakukan di bahagian Nordshleife Nurburgring yang lebih panjang. Ia juga dikenali dengan nama North Loop. Keliru ke? Nurburgring ni ada dua bahagian. Bahagian utara North Loop yang sepanjang 1.4 batu manakala South Loop pula ialah Nurburgring GP Track yang lebih pendek dan moden.

North Loop tu sudah lama wujud sejak tahun 1930 yang asalnya merupakan jalan bertol dan menjadi sangat berbahaya untuk penonton F1 yang suka melepak di sana untuk menonton perlumbaan GP di litar sebelah pada tahun 1984.

Litar lam ni yang paling glamer untuk catatan masa dan ia masih digunakan untuk perlumbaan Nurburgring 24 Jam selain dibuka untuk pelancong yang suka berlumba. Ada juga yang pandu kereta macam cari rumah sewa kat sini. Ambil feel kata orang. Di sini jugalah para pengeluar kenderaan datang dalam usaha untuk menguji dan mebangunkan kenderaan terbaru mereka.

Macam-macam rekod dicatatkan di sini. Ada yang claim rekod EV terpantas, SUV terpantas, kereta FWD terpantas dan macam-macam lagi lah. Cuma kereta lembu dan kereta jenazah je kot tak pernah diuji lagi kat sini. Kadang keliru jugak dibuatnya. Hari tu cakap Lamborghini SVJ paling pantas lepas tu Civic Type R FK8 terpantas. Macam mana ni?

Dia sebenarnya ikut kelas jugak bang. Mana boleh borong macam tu je. Macam rali la, macam-macam kelas ada. Mana boleh jentera dengan kuasa berbeza-beza dok dalam satu kelas.

Jadi kat sini ada senarai terbaru untuk tahun ini yang dipetik dari web carscoop.com. Tengok sendirilah ye. Pautan video pun disertakan sekali.

REKOD SEPUSINGAN TERPANTAS KESELURUHAN

  1. Porsche 919 Evo Le Mans
  2. Volkswagen ID.R
  3. Porsche 956
  4. March Engineering 832-BMW
  5. Porsche 911 GT2 RS Manthey (OEM-spec)
  6. Porsche 911 GT2 RS Manthey (aftermarket-spec)
  7. NIO EP9
  8. Pagani Zonda R
  9. McLaren P1 XP1 LM
  10. 2020 Mercedes-AMG GT Black Series

SEDAN TERPANTAS

  1. 2019 Jaguar XE SV Project 8
  2. 2021 Mercedes-AMG GT 63 S 4Matic+
  3. 2020 Porsche Panamera Turbo S
  4. 2018 Mercedes-AMG GT 63 S 4Matic+
  5. 2022 BMW M5 CS

SUV & CROSSOVER TERPANTAS

  1. 2021 Porsche Cayenne Turbo GT
  2. 2020 Audi RS Q8
  3. 2019 AMG GLC 63 S 4Matic+
  4. 2018 Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio
  5. 2016 Porsche Cayenne Turbo

FWD TERPANTAS

  1. 2019 Renault Megane RS Trophy-R
  2. 2018 Honda Civic Type R
  3. 2016 VW Golf GTI Clubsport S
  4. 2016 Honda Civic Type R
  5. 2014 Renault Megane RS 275 Trophy-R

MODEL KOMPAK TERPANTAS

  1. 2022 Audi RS 3
  2. 2019 Renault Megane RS Trophy-R
  3. 2017 Honda Civic Type R
  4. 2016 VW Golf GTI Clubsport S
  5. 2021 Mercedes-AMG A45 S

MODEL ELEKTRIK TERPANTAS

  1. Volkswagen ID.R
  2. NIO EP9
  3. Porsche Taycan Turbo S
  4. Tesla Model S Plaid
  5. Porsche Taycan Turbo
  6. Toyota TMG EV P002

Kredit carscoops.com

Google ads
Back to top button