
PENUHI IMPIAN 2024 DENGAN TAWARAN HEBAT VOLVO
Berbeza daripada jenama mewah lain yang memberi fokus kepada kelajuan, rekaan futuristik dan berkuasa tinggi, jenama Volvo Car Malaysia kekal dengan prinsip utama mereka sejak dari dulu lagi iaitu menjaga keselamatan pemandu Volvo.
Volvo Car Malaysia menjadikan pembeli kenderaan mereka menjalani hidup dengan mudah, lebih baik, selamat dan terbaru lebih mesra terhadap alam sekitar. Matlamat Volvo adalah untuk menyediakan sebuah kenderaan yang memberikan kebebasan, jaminan keselamatan serta meminimakan pelepasan gas karbon dioksida.
Penerimaan kenderaan yang lebih mesra alam seperti kereta elektrik dan plug-in hybrid memberi lebih banyak pilihan dan peluang kepada pengguna untuk memiliki jenama Volvo. Apatah lagi Volvo menawarkan peluang keemasan pada penghujung tahun 2023 dengan kempen pembelian hujung tahun.

Dengan pelbagai penawaran model elektrik dan plug-in hybrid yang menarik yang diperkenalkan sepanjang tahun 2023, ini adalah masa yang terbaik untuk anda memiliki kenderaan jenama Volvo.
Anda boleh memilih sehingga 2 model elektrik sepenuhnya iaitu Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric yang menawarkan imbangan kuasa serta jarak perjalanan yang mengagumkan.
Rebat tunai RM25,000 akan diberikan pada bakal pembeli kereta elektrik Volvo XC40 Recharge Pure Electric. Manakala pembeli Volvo C40 Recharge Pure Electric pula akan menerima rebat tunai sebanyak RM16,000.

Volvo XC40 Recharge Pure Electric berupaya dipandu sejauh 438km untuk satu pengecasan penuh serta boleh dicaj penuh dari 10% ke 80% bateri dalam masa 28 minit sahaja. Gabungan motor elektrik yang menawarkan sehingga 407 kuasa kuda dan tork 660Nm mampu memecut dari 0-100 dalam masa 4.7 saat sahaja.
Dengan rekaan yang lebih aerodinamik, model Volvo C40 Recharge Pure Electric menawarkan jarak pemanduan yang lebih baik iaitu 450km dan mengekalkan prestasi yang sama dengan Volvo XC40 Recharge Pure Electric .
Untuk peminat kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman yang hanya membebaskan gas karbon dioksida yang rendah dan jarak perjalanan yang lebih jauh tanpa kerisauan, semua model Volvo PHEV dan mild hybrid akan ditawarkan dengan pakej pemilikan yang menakjubkan.

Anda boleh memilih sehingga 5 model plug-in hybrid yang terdiri daripada pelbagai rekaan merangkumi sedan dan SUV. Antaranya ialah Volvo XC90 Recharge, XC60 Recharge, V60 Recharge, S60 Recharge, S90 Recharge dan XC40 B5. Volvo turut menawarkan pilihan model mild hybrid untuk Volvo XC40 B5.
Bakal pembeli kerete-kereta di atas akan menerima pakej Complimentary Volvo Service Agreement 5+ (VSA5+) bernilai RM12,900, Polestar Optimization Software bernilai RM3,888 dan rebat tunai sebanyak RM7,000.
Tawaran keemasan daripada Volvo ini adalah peluang terbaik untuk anda menempuhi tahun 2024 dengan lebih bergaya, bersama rekaan dan seni bina elegan berbanding jenama mewah yang lain.

Maklumat lanjut berkenaan tawaran hebat Volvo ini boleh didapati di laman sesawang rasmi Volvo Car Malaysia dan tempah sesi pandu uji anda di pusat 3S Volvo berhampiran hari ini.