Buletin

KIA TAYANGKAN GAMBAR ACAH K8, BAKAL GANTIKAN MODEL K7. 3500CC V6 & AWD

Bagi pasaran Amerika, Kia US sedang bersedia untuk melancarkan model baru sebagai pengganti Kia K7 Cadenza yang hanya dikenali sebagai Kia K8. Model ini akan bertindak sebagai model flagship Kia bagi pasaran Amerika. Model ini bakal memberi saingan sengit kepada model Lexus ES dari segi tawaran harga dan juga teknologi

Kia K8 akan dibekalkan dengan enjin 3500cc V6 petrol yang menghasilkan 296 kuasa kuda dan 314Nm tork. Bagi varian pertengahan ia akan dikuasakan dengan enjin 2500cc 4 silinder yang menghasilkan 195 kuasa kuda dan 248Nm tork. Semua model akan disambungkan dengan menggunakan transmisi 8 kelajuan automatik yang dibangunkan sendiri oleh Hyundai

Namun hanya model 3500cc sahaja yang akan menggunakan format pacuan semua roda. Kia juga merancang untuk memperkenalkan varian 1600cc 4 silinder turbo yang menggunakan teknologi CVVD. Buat masa sekarang tiada penawaran enjin turbodiesel CRDi ditawarkan bagi model K8

Dari segi saiz, Kia K8 boleh dikategorikan sebagai sedan eksekutif (atas dari segmen D) dengan panjang keseluruhan mencecah 5015mm. Suspensi depan menggunakan geometri topang McPherson manakala bahagian belakang menggunakan sistem MultiLink. Kia juga memberikan perhatian yang serius bagi menghapuskan bunyi bising dan getaran dalam kabin

Antara ciri ciri menarik Kia K8 ialah Head Up Display sebesar 12 inci, sistem bunyi Meridian dengan 14 pembesar suara, 2 skrin sebesar 12 inci, sistem adaptive cruise control berdasarkan navigasi serta kemasan dalam serba mewah dengan balutan kulit lembut.

Google ads
Back to top button