" "
Motosikal

SYM VF3i 185cc LIMITED EDITION DAN PRO, KAPCAI PALING SELAMAT DI MALAYSIA

SYM VF3i 185cc edisi terhad dan Pro diberi penarafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP).

Ini  sekali gus menjadikan VF3i model pertama di Malaysia yang dianugerahkan penarafan lima bintang menerusi program tersebut. MyMAP juga mengiktiraf SYM VF3i 185 sebagai motosikal paling selamat yang dilengkapi dengan sistem brek yang efisen iaitu Anti-Lock Braking System (ABS).

Pengiktirafan ini dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Menurut MIROS, penarafan bintang MyMap adalah hasil penilaian empat ciri utama. Ia merangkumi pematuhan kepada peraturan Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah, Pematuhan Pengeluaran (COP), teknologi ciri keselamatan dan program sokongan keselamatan pengguna.

Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim memberitahu ciri utama sebuah motosikal yang selamat ialah mempunyai ABS. Dengan bantuan ABS, jumlah kematian yang melibatkan penunggang motosikal dapat dikurangkan.

Sistem brek ABS yang ada pada SYM VF3i 185 telah diuji oleh MIROS pada 17 Mac lalu di ibu pejabat MForce Bike Holdings. MForce sentiasa mengambil berat tentang aspek perkhidmatan selepas jualan demi kepuasan pelanggan.

Mereka juga sentiasa meningkatkan kualiti, selain terbuka menerima sebarang aduan dan cadangan penambahbaikan. Ini bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat dipertingkatkan kualitinya pada masa hadapan.

Sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi mana-mana pusat servis MForce atau pengedar sah MForce.

Google ads
Back to top button