Buletin

TIADA LAGI KIA STINGER DI UK, GANTI DENGAN EV6 GT YANG LAGI BERKUASA!

Jualan Kia Stinger di United Kingdom ditamatkan pada 10 November 2022. Masih seperti baharu, Stinger sebenarnya dikeluarkan pada 2017 dan menerima kemas kini pada 2021.

Ada tiga jenis enjin yang menggerakkan Stinger dan versi 3.3 liter V6 turbo merupakan model Kia dengan pecutan terpantas selama bertahun-tahun lamanya.

Berapa angka pecutan yang dimaksudkan? 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 4.7 saat.

Stinger bukan kereta sport dan angka itu sesuatu yang boleh dibanggakan ditambah dengan rekaannya yang menarik. Penawaran Stinger juga berjaya menaikkan imej Kia di mata pengguna.

Selepas penamatan Stinger di UK, Kia menggantikannya dengan sebuah lagi model hebat. Kali ini bukan model janaan turbo tetapi sebuah ‘mesin’ elektrik iaitu EV6 GT.

Model ini adalah varian tertinggi dalam siri EV6 dengan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.5 saat.

Dibekalkan dua motor elektik, EV6 GT menghasilkan 569 kuasa kuda (hp) atau 430 kilowatt (kW) dan tork 740Nm.

Dua angka tersebut meletakkan EV6 GT sebagai model produksi Kia dengan pecutan paling pantas dan berkuasa pernah dihasilkan.

Inilah kelebihan kereta elektrik, kuasa tinggi dari motor elektrik, tanpa omboh, turbo atau pengecas lampau (supercharge).

EV6 GT dibekalkan bateri 77.4 kilowatt jam (kWj) dan boleh dipandu sejauh 426 kilometer (km) (kombinasi WLTP).

Menggunakan pengecas pantas, tenaga boleh ditambah dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 18 minit sahaja.

Dibandingkan dengan EV6 biasa, EV6 GT dilengkapi ciri khas seperti brek berprestasi, stereng dan suspensi yang ditala semula agar sepadan dengan kuasa lebih tinggi.

Turut dilengkapi fungsi GT Mode untuk pemandu melaras tetapan kereta dan menyerlahkan prestasi penuh.

Apa jadi dengan Stinger selepas ini? Pengeluaran diteruskan di Korea Selatan dan Kia UK akan memenuhi semua tempahan pelanggan.

Biar pun ditamatkan di UK, Stinger sebenarnya sudah mencatatkan rekod hebat buat Kia.

BACA: KIA RIO 2023 DI AS, HARGA MULA AS$16.4K (RM76.4K)

BACA: KIA MALAYSIA MULA HASILKAN CARNIVAL CKD DI KILANG INOKOM KULIM

BACA: KIA FORTE GT 2022, 1.6L TURBO 200HP 6 KELAJUAN MANUAL!

Google ads
"
"
Back to top button