Buletin

KIA PRIVE EV – APABILA MODEL LAMA DIJADIKAN SEBAGAI KERETA ELEKTRIK.

Kia UK telah menayangkan model Kia Prive EV, sebuah restomod yang dianggap cukup unik bagi meraikan ulang tahun ke 80 syarikat yang berasal dari Korea itu.

Dibaik pulih, diubah suai dan didedahkan buat pertama kali di Bicester Heritage ‘Scramble’ pada 6 Oktober 2024, Kia Pride EV ialah projek kerjasama antara Kia UK dan juga Electrogenic, pakar enjin dan pengubahsuaian EV di sana.

Model Kia Pride ini sendiri adalah sumbangan daripada koleksi Kia UK dengan bantuan Electrogenic untuk menghasilkan model EV yang santai tetapi mengimbau kenangan lalu orang kata. Kia Pride EV ini diperkenalkan dengan menggunakan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya dengan kuasa dan tork yang tinggi serta paling penting pelepasan zero emisi, sekali gus mengubah karektor model yang lama ini.

Ia menukar hampir semua komponen pembakaran dalaman asalnya untuk penjana kuasa elektrik sepenuhnya – dengan hanya transmisi manual lima kelajuan asalnya dan aci pemacu dikekalkan untuk memastikan penglibatan pemandu maksimum.

Projek penukaran trenkuasa daripada petrol ke elektrik ini dilakukan dengan menggunakan tenana manual tangan manusia di UK sendiri dan sudah semestinya Kia Pride EV ini sah untuk dipandu di atas jalan raya di sana.

Uniknya projek Kia Pride EV ini, ianya masih lagi mengekalkan rupa asalnya di era 80an termasuklah penggunaan rim kompang lengkap dengan penutup yang hanya bersaiz 12 inci sahaja. Walau bagaimana pun, elemen moden masih cuba diterapkan dengan warna asal Kingfisher Blue di bahagian luar telah ditanggalkan dan digantikan dengan warna White Pearl yang mana warna tersebut digunakan pada model Kia EV3, EV6, EV9 dan juga Niro EV.

Malah kedua lampu hadapan dan belakang juga telah diganti dengan lampu baharu untuk memberikan lebih cahaya dalam apa juga kondisi cuaca.

Untuk trenkuasa, enjin asal 1.3 liter telah dibuang dan digantikan dengan motor elektrik kompak dan juga pek bateri berkembar 10kWh. Ketika enjin asal digunakan, ianya mampu menghasilkan kuasa 60 HP dan 118 Nm tetapi dengan trenkuasa baharu ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 107 HP dan 235 Nm. Peningkatan tork yang cukup berganda.

Untuk mode pemanduan Eco, ianya mampu bergerak sehingga 193 km, cumanya untuk pemanduan serupa orang gila, mungkin tak sempat nak cari tempat pengecasan kelak.

Kia Pride EV ini adalah model ketiga one-off yang dibuat selepas model Stinger GT420 dan juga Soul EV beach buggy.

BACA : SEJARAH : KISAH KIA MOTOR DAN BANGSA KOREA

BACA : SPORTAGE MODEL KIA PALING LARIS, JUALAN 2018 NAIK SEDIKIT

Google ads

B K

Back to top button