Artikel Pilihan

SEJARAH : KISAH KIA MOTOR DAN BANGSA KOREA

Jenama Kia ini kalau nak diikutkan di awal kemunculannya (terutamanya di Tanah Melayu sekitar 10 tahun yang lalu) tidak ramai anak muda yang mahu memandangnya. Nak membelinya mungkin jauh sekali. Tapi kini, Kia Motor ternyata sudah berubah. Jauh sangat berubah. Sebelum mengenali Kia yang dah berubah ini, apa kata kita selami seketika asal usul Kia yang mungkin tidak ramai yang ketahui.

BACA : NI PERUBAHAN PERINGKAT AKHIR KIA STINGER – TIDAK MUDAH DAN MENGUJAKAN

BACA : TAHUKAH ANDA KUALITI KERETA JENAMA KIA LEBIH BAIK DARI PORSCHE?

Memulakan perniagaan pada tahun 1944 dengan nama Kyungsung Precision Industry, ianya adalah syarikat yang mengkhususkan peralatan basikal serta pengeluaran basikal Korea yang pertama pada tahun 1951. Kemudiannya pada tahun 1952 barulah nama Kia Industries digunapakai dan mula mengeluarkan motorsikal dengan dilesenkan oleh Honda pada tahun 1957.

Dan kemudiannya Kia telah bekerjasama dengan Mazda untuk pengeluaran trak kecil dan kenderaan penumpang. Susulan daripada kerjasama tersebut, maka lahirlah Kia Brisa B-1000, sebuah pikap kecil untuk kegunaan warga Korea ke pasar mengangkut barang dagangan. Akibat berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan Korea Selatan, Kia telah diminta untuk mengkhususkan pengeluaran trak ringan sahaja. Dan Kia pada ketika itu hanya menjadi sebagai pemasangan bagi kereta Fiat 132 dan Peugeot 604 sahaja.

Bermula tahun 1986 Kia mula serius kembali untuk mengeluarkan kereta dengan pengenalan Kia Pride yang berasaskan Mazda 121 dan juga Kia Avella yang berasaskan model Ford Festiva. Dan bermula tahun 1994, Kia terus melebarkan sayap ke US dengan pengenalan model Sephia dan Sportage.

Di saat nama Kia mula meniti di bibir masyarakat, awan mendung pun berarak melintasi bumi Korea. Krisis kewangan yang melanda Asia sekitar 1997 turut ditempiasi Kia dan telah diisytihar bangkrap. Mujur juga pada tahun berikutnya Hyundai Motor telah menjadi penyelamat dengan membeli 51% saham Kia yang ketika itu menjadi pasangan kepada Ford Motor sejak 1986 lagi.

Dan semenjak 2005, Kia terus aktif dan semakin serius dengan memfokuskan kepada pasaran Eropah dan sebagai bukti mereka telah melantik Peter Schreyer sebagai Ketua Pereka Bentuk. Pengenalan Tiger Nose sebagai imej korporat berjaya mencipta identiti Kia yang baharu.

Bagi memberikan lebih impak kepada jenama Kia, penajaan juga adalah salah satu cara untuk mempromosikan. Kia merupakan penaja rasmi kepada FIFA dan UEFA. Ada sumber manusia yang bagus, penjenamaan yang kuat dan juga produk yang hebat. Kira pakej yang lengkap orang kata.

Malah kini, kita semakin mudah untuk mengenali yang mana satu kereta buatan Jepun mahupun kereta bangsa Korea. Nak kereta kecil buat pergi Giant, ada Kia Picanto. Nak kereta buat berpelesaran di Bukit Bintang malam minggu, ada Kia Sportage. Kia Carnival yang luas serupa emporium itu pun sesuai juga dibuat pulang ke kampung halaman. Manakala yang sebaya Brader Karrager dah berkeluarga inginkan sebuah kereta dengan ruang kargo yang luas tapi gemarkan kelajuan maka Kia Optima SW GT adalah jawapannya. Pendek kata, rangkaian model Kia meliputi kesemua aspek keluarga. Semak slip gaji, boleh submit loan terus. Eceh!

Sumber : www.kia.com

Google ads

B K

Back to top button