KILANG BUGGATI CHIRON KEMAS DAN BERSIH, LANTAI BERKILAT MACAM PUSAT BELI BELAH
Jenama supercar mewah iaitu Buggati membina model Chiron di kilang serba canggih milik mereka di Molsheim. Tapi berbeza dengan jenama yang dikeluarkan secara besar besaran yang lain, kapasiti pengeluaran Chiron hanyalah 70 unit sahaja dalam setahun
Secara purata Buggati hanya menghasilkan 6 unit sahaja dalam sebulan. Tambah istimewa pula ialah semua model Chiron yang dihasilkan tidak akan sama antara satu sama lain. Ini kerana Buggati berupaya menghasilkan pelbagai aksesori menarik khusus untuk pelanggan mereka kerana kapasiti pengeluaran mereka yang sangat rendah
Pelanggan boleh memilih 23 warna luaran, 8 jenis corak rekaan komponen karbon, 31 jenis rekaan kulit sebenar, 8 jenis warna corak Alcantara, 18 corak karpet pelapik kaki, 11 warna tali pinggang keselamatan dan 30 warna benang bagi menjahit kusyen kulit mereka.
Kalau tak cukup lagi, pelanggan boleh minta apa sahaja permintaan istimewa mereka asalkan mereka ada duit yang banyak untuk membayar segala aksesori tambahan yang dipinta. Sebaik sahaja pelanggan telah bersetuju dengan pilihan mereka, semua komponen akan dipesan oleh Buggati.
Sebulan sebelum komponen sampai, cesi monocoque akan dihasilkan oleh Buggati termasuklah komponen subframe. Setiap cesi akan diberikan nombor khusus sebagai identifikasi dan dihantar ke pusat mengecat selepas siap dipasang
Buggati mengambil masa sehingga 3 minggu untuk menghasilkan cat dan proses mewarna cesi yang ditempah. Bagi komponen gentian karbon, ia memerlukan lapan lapisan cat. Semua kereta akan disudahkan dengan 8 lapisan warna bergantung pada kemasan yang dipesan samaada matte, metallic atau warna mutiara.
Berbeza dengan kilang biasa yang menggunakan robot, Buggati menggunakan pekerja mahir yang akan mengecat dengan menggunakan tangan, digosok dengan kertas pasir khas dan dicat semula selapis demi selapis.
Untuk proses final assembly, 20 pekerja diperlukan bagi memasang 1800 komponen termasuklah enjin 8000cc 16 silinder susunan W. Enjin yang menjana 1480 kuasa kuda ini akan diuji dahulu sebelum meninggalkan Final Assembly
Setiap unit Chiron yang dipesan berharga sekitar RM 12 juta bergantung pada kemasan dan juga aksesori yang ditempah. Menurut Buggati, pelanggan perlu menunggu sekitar 6 bulan bermula dengan tempahan sehinggalah kereta siap dihantar.
Jika anda adalah pembeli setia Buggati, tempahan anda akan disiapkan terlebih dahulu berbanding dengan tempahan pelanggan baru