Buletin

KLIMS 2024: MG3 HEV DIPAMERKAN, JANA 194PS, CIRI HYBRID+

MG Malaysia kini melangkah ke era baharu dengan memperkenalkan MG3 Hybrid+, yang membuat penampilan sulung di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024.

Hatchback kompak ini membawa teknologi terkini melalui sistem Hybrid+, menjadikannya model MG pertama yang menggunakan rangkaian kuasa hibrid konvensional bukan plug-in.

Dari segi dimensi, MG3 Hibrid mempunyai panjang 4,113mm, lebar 1,797mm, tinggi 1,502mm, dengan jarak roda sepanjang 2,570mm.

Ruang but pula berkapasiti 293 liter, menjadikannya cukup praktikal untuk penggunaan harian. Reka bentuk luaran MG3 menyerlah dengan elemen seperti:

  • Rekaan dinamik untuk bahagian hadapan
  • Lampu utama bergaya Hunting-eyes
  • Gril lebar
  • Spoiler aerodinamik
  • Roda aloi Atlas bersaiz 16-inci

Kabin MG3 menampilkan gabungan kemodenan dan praktikaliti. Dua skrin menjadi tumpuan utama; skrin pemandu bersaiz 7-inci dan skrin sistem maklumat hibur bersaiz 10.25-inci. Ia turut dilengkapi:

  • Navigasi satelit
  • Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) untuk keselamatan tambahan

Di bawah bonet, MG3 Hibrid memanfaatkan enjin 1.5 liter kitaran-Atkinson empat silinder yang menghasilkan 102PS dan tork 128Nm.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik E-AT tiga kelajuan.

Motor elektriknya pula menawarkan kuasa tambahan 136PS dan tork 250Nm, menjadikan jumlah keseluruhan output sistem hibrid ini 194PS.

Gabungan ini memberikan hatchback ini keupayaan pecutan dari 0-100 km/j dalam lapan saat.

Tambahan pula, sistem Hybrid+ secara automatik memilih mod pacuan terbaik mengikut keadaan pemanduan.

Di Thailand, MG3 Hybrid+ ditawarkan pada harga sekitar RM75,000 hingga RM80,000, menjadikannya pilihan menarik bagi mereka yang mencari keseimbangan antara teknologi, prestasi, dan harga berpatutan.

GALERI:

Google ads
Back to top button