Buletin

TOYOTA LAND CRUISER ZX DAN VX FIRST EDITION UNTUK JEPUN, 8 RIBU BUAH SAHAJA!

Khusus untuk pelanggan di Jepun, Toyota menawarkan bukan satu tapi dua model istimewa iaitu Land Cruiser ZX dan VX First Edition.

Namun bukan semua pelanggan berpeluang memilikinya kerana penawaran dihadkan kepada 8,000 buah sahaja.

Kedua-dua model diasaskan dari Land Cruiser 250 series ZX bernadikan enjin 2.8 liter diesel dan Land Cruiser VX dengan dua pilihan enjin 2.8 liter diesel dan 2.7 liter petrol.

Semuanya mempunyai tujuh tempat duduk. Untuk makluman, Toyota menyusun Land Cruiser kepada tiga jenis iaitu siri 300, 250 dan 70.

Toyota Land Cruiser ZX First Edition

Enjin 1GD-FTV 2.8 liter diesel turbo menghasilkan 204 ps dari 3,000 sehingga 3,400 rpm dan tork 500Nm dari 1,600 sehingga 2,800 rpm. 

Enjin dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan (Direct Shift-8AT) dan pacuan empat roda (4WD) sepenuh masa. Pembeza gelincir terhad (LSD) TORSEN® dipasang pada pembeza tengah.

Pengunci gelincir belakang elektrik menyediakan prestasi pemanduan off-road yang berkuasa di laluan mencabar.

Julat pembahagian daya kilas roda depan dan belakang yang lebih besar menyumbang kepada kestabilan pemanduan lebih baik.

Di antara perkakasan khas ZX seperti lampu bulat LED Bi-Beam dengan fungsi larasan tinggi automatik, lampu LED kecil dengan fungsi Follow Me Home dan lampu LED nyalaan siang.

Tayar saiz 265/70R18 dipasang pada rim aluminium 18×7 1/2J warna hitam kusam.

Toyota Land Cruiser VX First Edition

Selain enjin diesel, model ini ditawarkan dengan enjin 2TR-FE 2.7 liter petrol yang menghasilkan 163 ps pada 5,200 rpm dan tork 246Nm pada 3,900Nm.

Enjin dipadan bersama kotak gear automatik enam kelajuan (6 Super ECT). Berbeza daripada ZX, model ini tidak dilengkapi Sistem Amaran Tekanan Tayar dan Multi-Terrain Select.

ZX juga tanpa Penstabil dengan Mekanisma Pemutus (SDM) depan dan pengunci gelincir belakang elektrik. LSD TORSEN® ZX petrol mempunyai tiga mod berbanding empat pada VX dan ZX diesel.

Selain itu, model petrol dipasang tayar 265/65R18 dengan rim aluminium 1/2J warna hitam kusam.

Dalaman

Bahagian dalam ZX dan VX istimewa dilengkapi panel pintu balutan kulit tiruan dengan logo FIRST EDITION, riasan perak pada papan pemuka dan kerusi kulit dengan corak khas.

Skrin tengah model diesel berukuran 12.3 inci dan 7 inci untuk model petrol. Model diesel juga istimewa dengan papar pandu berwarna (HUD) dan pedal tukaran gear. Semua model menggunakan kunci digital.

Keselamatan

Fungsi bantuan pemanduan Toyota Safety Sense diseragamkan untuk kesemua model seperti Bantuan Stereng Kecemasan (dengan fungsi stereng aktif) dan Peringatan Lintasan Trafik Depan (RCTA).

Juga seragam sistem Bantuan Penukaran Lorong (LCA), Lampu Tinggi Automatik, Advance Drive (sokongan semasa kesesakan jalan raya) dan kamera pengawasan pemandu.

Harga

  • Land Cruiser Special Edition ZX First Edition 2.8 liter diesel: 7,850,000 yen (RM242,884)
  • Land Cruiser Special Edition VX First Edition 2.8 liter diesel: 7,000,000 yen (RM216,587)
  • Land Cruiser Special Edition VX First Edition 2.7 liter petror: 5,900,000 yen (RM182,552)

Toyota Land Cruiser ZX First Edition:

Toyota Land Cruiser VX First Edition:

Toyota Land Cruiser First Edition:

Google ads
Back to top button