Buletin

KONGRES US WAJIB PEMASANGAN ALAT KESAN PEMABUK PADA KERETA BARU

Isu pemandu mabuk sebenarnya merupakan isu global, bukan tertakluk kepada negara-negara tertentu.

Di Amerika Syarikat, Kongress US baru-baru ini telah pun meluluskan bil infrastruktur bernilai $1 trilion yang turut merangkumi undang-undang mewajibkan pemasangan alat yang mampu mengesan dan menghentikan pemandu mabuk.

Undang-undang itu menyebut teknologi baharu ini mampu memantau keadaan dan prestasi pemandu secara pasif untuk mengesan kemungkinan pemandu berada dalam keadaan terjejas, dan mampu untuk mengehad atau menghentikan operasi kenderaan sekiranya terdapat tanda-tanda yang dikesan oleh sistem itu tadi.

Menurut laporan daripada AP, Jabatan Pengangkutan akan menetapkan teknologi yang bersesuaian untuk dipasang dalam kenderaan, dan ia akan muncul pada kenderaan baharu seawal tahun 2026.

Teknologi ini dikatakan mampu untuk menghalang lebih daripada 9,400 kadar kematian melibatkan pemandu mabuk sepanjang tahun, mengikut laporan Insurance Institute for Highway Safety.

Sementara itu, National Highway Traffic Safety Administration menganggarkan 20,160 angka kematian dicatatkan pada separuh pertama tahun 2021 dan ini merupakan angka kematian tertinggi yang pernah direkodkan untuk tempoh separuh tahun pertama sejak tahun 2006.

Satu pertiga daripada kes pelanggaran trafik di US melibatkan pemandu mabuk, di mana ia menambah lebih daripada 10,000 kadar kematian setiap tahun untuk tempoh masa antara tahun 2010 dan 2019.

Presiden kumpulan Mothers Against Drunk Driving memberitahu AP, “teknologi ini mampu untuk menghapuskan pembunuh nombor satu di jalan raya Amerika.”

Sumber: Business Insider

Google ads
Back to top button