Artikel Pilihan

CIRI-CIRI MENARIK TOYOTA VELOZ. MEMANG CANGGIH

Toyota Indonesia teahpun melancarkan model Avanza serba baru yang datang dalam 2 model utama iaitu Toyota Avanza serta model yang lebih canggih iaitu Toyota Veloz. Kedua dua model ini secara asasnya masih sama namun model Veloz datang dengan perkakasan serta ciri yang lebih canggih.

Bagi model Veloz, varian paling canggih yang ditawarkan ialah Veloz Q CVT TSS yang datang dengan pelbagai ciri moden menarik. Antaranya ialah:

1. Puddle Lamp – atau Lampu Lopak air yang dipasang di bahagian cermin sisi bagi menerangi kawasan sekeliling kereta dan memudahkan penumpang mengelakkan lopak air atau menerangi apa-apa halangan dalam gelap.

2. Vibrant Illumination Light – pencahayaan biru lembut yang datang dari panel di sekitar konsol gear dan juga panel pintu depan

3. Penyaman Udara – datang dengan suis digital serta ciri Auto yang akan beroperasi mengikut input suhu dari luar kabin. Corong penyaman udara belakang lebih tersebunyi berbanding rekaan yang digunakan oleh Aruz/Rush

4. Brek Elektrik – bagi menggantikan brek tangan mekanikal yang lebih menjimatkan ruang serta diberi ciri Auto Hold. Pemandu boleh melepaskan kaki dari pedal brek ketika dalam kesesakan jalan raya

5. Pengecas Telefon – dengan teknologi tanpa wayar dipasang di belakang suis brek elektrik

6. Meter Digital – dengan rekaan yang sama seperti perodua Ativa sebesar 7 inci dengan teknologi TFT MID

7. Jarak Kelegaan Tinggi – Model Avanza lama datang dengan jarak kelegaan 180mm digantikan dengan Veloz yang datang dengan jarak 205mm. Secara perbandingan Alza datang dengan jarak kelegaan 130mm.

8. Cesi DNGA – cesi Avanza lama pacuan belakang yang menggabungkan cesi ladder frame dan monocoque digantikan dengan cesi DNGA pacuan depan yang lebih efisyen dan ringan. Roda depan menggunakan topang McPherson dan belakang menggunakan torsion beam

9. T in Touch – merupakan aplikasi yang boleh menghubungkan telefon pintar pemandu dengan Veloz yang datang ciri seperti Find My Car, Geofencing, e-Care Maintenance yang memduahkan urusan servis berjadual, ciri Inquiry dan Support Center yang membolehkan pemilik bertanya jika ada masalah, dan ciri Road assistance yang akan menghubungi pusat servis sekiranya kecemasan.

10. Dalam aspek keselamatan, Veloz juga datang dengan ciri kamera 360 darjah, Pre-Collision System, Front Departure Alert, Pedal Misoperation Control, Lane Departure Assist, Rear Cross Traffic Alert, Sistem Amaran Titik Buta, 6 beg keselamatan udara, Vehicle Stability Control

11. Sistem infohibur – datang dengan skrin sesentuh sebesar 9 inci serta dilengkapi dengan skrin paparan yang dipasang pada bahagian atas untuk hiburan penumpang di belakang.

Toyota Avanza dijual pada harga permulaan sekitar RM 60,000 bagi varian 1.3 manual manakala bagi varian tertinggi Veloz 1.5 Q CVT TSS yang memiliki semua ciri di atas dijual pada harga yang lebih mahal iaitu sekitar RM 85,000.

Google ads
Back to top button