NIAT NAK BANTU, PEMILIK BENGKEL KECEWA PELANGGAN TAK LUNAS HUTANG
Tular di Facebook baru-baru ini apabila sebuah bengkel popular di Lembah Klang membantu seorang pelanggan wanita untuk membaiki motosikal jenis Modenas Pulsar RS200.
Menerusi hantaran di Facebook, wanita tersebut dikatakan tidak mempunyai wang untuk membayar kos pembaikan.
Atas dasar budi bicara, pihak bengkel bersetuju untuk membenarkan pelanggan itu berhutang terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, niat baik bengkel berkenaan tidak dibalas dengan bunga, dikhabarkan wanita tersebut masih belum membuat sebarang pembayaran.
“Time moto rosak elok datang bengkel mintak tolong repair, duit takde nak repair. Motor pun nak kena pakai buat job lalamove.
“Takpe, kami tolong lah repair supaya boleh buat job dan cari duit dulu untuk bayar nanti,” memetik hantaran Facebook bengkel berkenaan.
“Tapi bila dah repair dari sebelum raya aidilfitri sampai dah habis raya haji pun tak bayar-bayar. Saya pulak yang jadi macam pengemis mintak bayar,” tulisnya lagi.
Perkongsian itu juga mendapat pelbagai reaksi di Facebook dengan rata-rata menasihatkan pemilik bengkel untuk mewajibkan deposit terlebih dahulu atau membuat perjanjian bertulis.
“Jangan amalkan repair tak ada deposit. Sekurang-kurangnya harga barang dah lepas. Kaki kencing ramai,” komen pengguna Facebook.
“Tak jujur, kesian dekat yang betul susah dan memerlukan.”
Komen lain, “Bab hutang ni perlu bertegas. Sahabat saya sampai tutup bangkel sebab nak tolong kawan punya pasal.” – MotoMalaya