
KTM BAKAL LANCAR SKUTER ELEKTRIK? RATA-RATA KOMEN TAK BERKENAN DENGAN REKA BENTUK
Pengeluar motosikal dari Austria, KTM kini sedang merangka strategi baharu apabila bakal melancarkan jentera dua roda baharu iaitu sebuah skuter elektrik, dengan kerjasama Bajaj.
Walaupun khabar angin KTM mahu mengeluarkan skuter telah lama wujud, namun kesahihan berita berkenaan kini bakal menjadi nyata kerana ia dilihat sedang dipandu uji.
Selain itu, skuter berkenaan turut terpapar jelas di siaran media sosial majalah asal Jerman, Motorrad.de.

Menerusi imej disiarkan, rata-rata tidak menyukai reka bentuk skuter itu kerana ia dianggap terlalu aneh untuk sebuah skuter.
Peminat jenama itu turut meninggalkan komen, “Sekiranya motosikal ini benar-benar berjaya dalam pengeluaran, untuk kepantasan dan kemudahan ekonomi, kami menjangkakan bahagian ini pada masa hadapan akan dibuang.”

Makluman penting, skuter elektrik KTM itu mungkin menggunakan motor elektrik 8kW yang dibangunkan bersama dengan pengeluar dua roda India, Bajaj.
Maklumat lain, skuter elektrik itu dijangka mempunyai kelajuan tertinggi 100km/j.
Sehingga ia dilancarkan secara rasmi, peminat KTM perlu bersabar untuk mengetahui lebih terperinci mengenai spesifikasi serta harga ditawarkan kepada pelanggan.
- BACA: RIMBA RAID ASIA 2023: KTM MALAYSIA SERU PENYERTAAN PELUMBA TERBAIK, TAWAR TAJAAN PENUH KEPADA PEMENANG
- BACA: KTM RC 8 C 2023 HABIS DIJUAL DALAM MASA DUA MINIT. RAIH PENDAPATAN HAMPIR RM37 JUTA
- BACA: EUROTECH WHEEL LANCAR KTM 890 ADVENTURE, 890 DUKE R DAN RC 200. BERMULA RM16K
- BACA: BAJAJ DAN KTM MAHU HASILKAN MOTOSIKAL ELEKTRIK MEWAH