Buletin

PEMBUAT VAKUM KINI KELUARKAN SUV – ROX, DIJANA OLEH EREV DAN ICE, HARGA BERMULA RM323K

Pengeluar dari China, Roborock, sebuah syarikat di mana pelaburnya utamanya ialah Xiaomi, baru-baru ini mendedahkan model SUV Rox.

Pendedahan ini bukanlah rasmi dikeluarkan oleh Roborock tetapi terdapat beberapa imej SUV EREV (range extended) ini tertiris di pelbagai platform media di China.

Di China, ramai peminat automotif keliru dengan model ini dan satu lagi model dari BYD, Fang Cheng Bao SF meskipun melihat lebih jelas, ia mempunyai banyak perbezaan.

Tambahan, ramai penggiat industri automotif seakan tidak percaya bahawa Roborock, pembuat vakum, kini bercita-cita mengeluarkan kenderaan tenaga baharu.

Dari segi penampilan, SUV ini mengingatkan kita pada YangWang U8 tetapi SUV Rox dilengkapi tayar 265/50 R20 AT.  

Model ini menerima lampu depan berbentuk T, garis bonet tinggi selain dipadankan bersama gril hadapan bersaiz besar berwarna hitam.

Perincian lain termasuklah cermin depan hampir rata, cermin sisi yang besar dan di hadapan terdapat logo Rox.

Menurut laporan, Roborock sebelum ini menggunakan tulis ‘Rox’ dan bukannya logo konvensional seperti yang kita lihat dalam foto ini.

Di bahagian belakang, ia mempunyai roda ganti, terletak pada pintu kelima sementara unit lampu belakang pula sama seperti lampu hadapan, berbentuk T.

Dari segi kuasa, setakat maklumat diperolehi, ia dijana oleh oleh EREV serta ICE dan tidak memindahkan sebarang tork ke roda.

Untuk harga, SUV Rox boleh dimiliki pada harga sekitar AS$69,900 (RM323,916).

Google ads
Back to top button