Buletin

RIMBA RAID ASIA 2023: KTM MALAYSIA SERU PENYERTAAN PELUMBA TERBAIK, TAWAR TAJAAN PENUH KEPADA PEMENANG

KTM Malaysia baru-baru ini mengumumkan peringkat kelayakan bagi RIMBA RAID ASIA 2023. Pelumba terbaik akan mewakili pasukan jenama itu di RIMBA RAID 2023.

Pusingan kelayakan akan berlangsung pada hari Ahad, 25 Jun di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor dan untuk makluman, perlumbaan ini terbuka kepada semua pemilik adventure bike (motosikal silinder berkembar, 500cc dan ke atas) dari Malaysia serta Singapura.

Dua pemenang dari Malaysia dan seorang pemenang dari Singapura bakal menerima tajaan penuh bagi menyertai RIMBA RAID 2023.

Tajaan itu merangkumi yuran perlumbaan, penginapan selain, KTM 790 Adventure R disediakan untuk tujuan perlumbaaan. Selain itu, mereka juga menerima sokongan teknikal daripada KTM Malaysia.

Menurut KTM Malaysia, hadiah turut ditawarkan kepada naib johan, tempat ketiga, tempat keempat sementara pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan, mendapat ganjaran berupa pingat.

RIMBA RAID 2023 diadakan pada 31 Ogos hingga 3 September 2023 di Pahang, Malaysia, menampilkan lebih daripada 300 pelumba dari pelbagai negara.  

Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh mendaftar di https://bit.ly/KTM-RRAQ23 atau untuk maklumat lanjut, ikuti KTM Malaysia di Facebook atau Instagram.

Google ads
Back to top button