Motosikal

THE SCALPEL KEMBALI, KTM 790 DUKE 2027 DIUMUMKAN – 105HP, 87NM

KTM 790 Duke menerima naik taraf terbesar bagi tahun 2027 yang menyaksikan jentera dengan jolokan The Scalpel itu kembali lebih agresif dan lebih banyak teknologi. 

Reka bentuk

Perubahan pertama yang jelas kelihatan adalah dari segi rupa bentuk yang menyaksikan 790 Duke 2027 ini mengikut acuan rekaan sama seperti 990 Duke dan 1390 Super Duke R. 

Lampu hadapan, bentuk badan, bentuk tangki dan panel badan kesemuanya diilhamkan dari model 990 dan 1390. 

Enjin 

Namun begitu, menggerakan model 2027 ini masih lagi enjin parallel-twin 799cc LC8c yang berupaya menjana 105hp pada 9,500rpm dan 87Nm. Menariknya, KTM turut mereka semula sistem ekzos. 

Bagaimanapun, naik taraf signifikan tertumpu pada bahagian ergonomik penunggang  yang merangkumi bentuk handlebar yang lebih terbuka, posisi footpeg berbeza dan tempat duduk yang dipertingkat.  Atas kertas, kedudukan footpeg telah berubah kepada 2mm kebelakang dan 7mm ke atas. 

Meskipun 790 Duke 2027 ini kelihatan lebih besar namun, model baharu ini 2 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya. 

Pada masa sama, gabungan subframe baharu, triple clamp baharu dan reka bentuk tangki baharu, menyumbang kepada tahap pengendalian yang lebih eifisien. Sayangnya, kapasiti tangki mengecil dari 14L kepada 13.5L.

Sementara itu, mengambil maklum input dari pengguna, KTM turut membuat keputusan untuk menamatkan fungsi Demo Mode pada 790 Duke dan model akan datang. Selain itu, KTM turut beralih kepada tayar Pirelli Diablo Rosso IV. 

Casis

Bahagian kerangka telah ditala semula bagi memberi fokus pada penurunan berat. 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, 790 Duke terbaru ini juga beralih kepada pakej brek baharu dari WP. Suspensi juga dipertingkat dan terdiri dari fork WP APEX 43mm open-cartridge yang menawarkan pelarasan compression dan rebound.

Bahagian belakang pula menempatkan WP APEX Monotube yang menawarkan pelarasan reboun damping dan preload. 

Bahagian suspensi juga boleh diselaraskan menerusia dial 5-klik sekaligus membolehkan pengguna membuat pelarasan mengikut kesesuaian. 

Elektronik

Seperti model sebelumnya, 790 Duke baharu ini juga menawarkan pakej elektronik serba lengkap termasuk Riding Mode dengan Street, Sport dan Rain. Supermoto ABS juga didatangkan secara standard. Segala maklumat boleh diakses menerusi paparan meter TFT 5-inci. 

Namun begitu, model 2027 ini tidak dilengkapi dengan fungsi quickshifter secara standard.

Menurut KTM, 790 Duke terbaru ini sekali lagi meneptakan petanda aras baharu bagi motosikal segmen pertengahan. 

GALERI: KTM 790 DUKE 2027

Google ads
Back to top button