
Sesi kelayakan bagi pusingan MotoGP Brno, Republik Czech mencatatkan kejutan baru apabila pelumba pasukan Red Bull KTM, Johann Zarco berjaya menduduki petak perlumbaan hadapan di grid ke tiga.
Juara dua kali Moto2 itu sebelum ini bergelut dengan prestasi jentera KTM setelah berpindah dari Yamaha tahun lalu Kini sedikit demi sedikit sudah mula mempamerkan taring sebenarnya.
“Ia adalah satu kegembiraan yang sukar saya ucapkan selepas sesi kelayakan ini. Pada sesi Q1, ia sukar dan saya terpaksa memaksa jentera hingga ke selekoh terakhir untuk mara ke sesi Q2.
Kemudian dalam sesi kelayakan Q2, pusingan pertama sangat bagus dan kemudian timbul persoalan, samada saya perlu tukar tayar slick atau tidak,” ujar Zarco.
Dalam sesi kelayakan yang berakhir tadi, Marc Marquez mendahului pelumba lain dengan catatan masa 2:02.753 diikuti pelumba Ducati d dengan catatan masa 2:05.277.
“Marquez menukar tayar slick dan beliau berjaya catat masa lebih pantas pada lap terakhir. Saya tak fikir dapat baiki catatan masa dengan tayar hujan sebab trek memang kering. Apapun, saya gembira dapat mulakan perlumbaan di barisan hadapan.
Bercakap mengenai kesukaran perlumbaan musim ini, pelumba Perancis yang berusia 29 tahun itu memberitahu: “Ia musim yang sukar dan kami terus berusaha memperbaiki kedudukan. Dan ini adalah harinya. Ini hari yang istimewa.
“Dalam keadaan litar kering, kami berada pada kedudukan agak sukar. Kami tak jumpa penyelesaiannya lagi. Pun begitu, saya rasa hari ini sedikit berbeza. Sekurang-kurang saya berpeluang pada hari ini dan manfaatkan peluang tersebut.
Sebentar lagi akan berlangsung perlumbaan Monster Energy Grand Prix České republiky dan beliau kini berganding bersama rakan sepasukannya Pol Espargaro yang memulakan perlumbaan di petak kelima.
Pengarah KTM Motorsport, Pit Beirer memberitahu: “Johann berada pada kedudukan terbaik hari ini. Dia ada feeling yang baik dengan jenteranya hari ini dan jika boleh, dia akan cuba capai kepantasan lebih baik pada setiap lap berikutnnya. Saya tahu, ia hujan dan keadaan kurang baik. Tai, kita anggapnya sebagai sesuatu yang positif. itu lebih baik bukan?
Berbeza dengan pasukan factory, pasukan satelit KTM nampaknya belum menunjukkan sebagarang perubahan besar.
Pelumba KTM TEch 3, Oliveira memulakan perlumbaan di petak ke 16 sementara Hafizh Syahrin berada di posisi sukar memulakan perlumbaan di petak ke 21.