BuletinMotosikal

KTM MALAYSIA LANCAR DUKE 250 DAN DUKE 390 – RM 21,730 DAN RM28,800

Ini mungkin motosikal naked yang ditunggu-tunggu dari KTM untuk tahun ini. KTM Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan varian terbaru Duke 250 dan Duke 390 2017 bertempat di Pusat Membeli-Belah One City, Puchong sebentar tadi.

Sejak diperkenalkan pada 2012 Duke “kecil” ini telah menjadi antara model paling laris yang dipasarkan KTM di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, kedua-dua model ini merupakan varian paling laris.

BACA: KTM LANCAR SUPER DUKE R DAN 1290 ADVENTURE

Apa yang menjadikan ia menarik ialah harga jualannya yang mampu milik bagi sebuah jenama “bukan Jepun”. Direka untuk tunggangan mudah dengan kareteristik sebuah motor naked yang ringan, rekabentuk yang agresif, berkuasa dan terbaik dalam kelasnya dari sudut teknologi.

DUKE 390

Duke 390 2017 dibekalkan dengan enjin selinder tunggal dengan 44 kuasa kuda dan 37Nm tork dan datang dengan tagline READY TO RACE.

Model ini dilengkapi teknologi “ride by wire” (RBW) serta klac slip-and-assist yang sangat membantu sewaktu gear rendah ditukar pada RPM tinggi. Brek hadapannya kini bersaiz 320mm dan dilengkapi dengan sistem brek anti kekunci ABS dari BOSCH.

Antara ciri menarik yang lain ialah paparan dash TFT pelbagai warna yang dilengkapi sambungan bluetooth serta boleh dikawal menerusi suis di hendal. Pertama dalam kelasnya.

Paling ketara ia rekaan lampu hadapannya yang mirip kepada Duke R 1290.

GALERI DUKE 390

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”111″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

DUKE 250

Duke 250 pula bukan hanya berubah dari segi konmetik sahaja berbanding model sebelumnya. Ia dilengkapi enjin 30 kuasa kuda dan transmisi slip-and-assist yang dipadankan pada kerangka ringan yang baru.

Suspensinya kini dari WP Suspension yang menampilkan teknik katrij terbuka dengan komponen yang lebih sedikit untuk menjadikannya lebih ringan.

Dari bahagian sisi, KTM Duke 250 2017 mendapat pembaharuan mirip kepada model 390. Garisan badan, lengkokan tangki, sisi dan ekor yang semakin tajam. Peredam ekzos kini lebih sporty dan mengikut piawai Euro terbaru.

Sub-kerangka KTM Duke 250 2017 kini boleh dibuka-pasang (model lama tetap-mati). Kosmetiknya juga melibatkan pemadanan bentuk lampu baru dengan lampu utama LED dan lampu DRL (bukan LED). Roda jejari Y nampaknya mengikut skema baru, tiada lagi warna oren, ia dilayangkan dengan warna hitam dan sedikit garisan oren.

GALERI DUKE 250

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”112″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button