
LELAKI SAKIT MENTAL BAKAR KERETA DI CHON BURI THAILAND
Beberapa buah kenderaan yang diparkir di tepi jalan di daerah Phan Thong, Chan Buri Thailand musnah dibakar oleh seorang lelaki.
Insiden yang dirakam oleh kamera litar tertutup itu menunjukkan suspek turun dari motosikal Honda Wave, sebelum menyimbah minyak ke atas kenderaan berkenaan. Melihat kepada video itu, antara kenderaan yang teruk terbakar ialah sebuah Toyota Altis dan Vios.

Selepas menyimbah minyak, lelaki yang didakwa sakit mental itu mula menyalakan pemetik api. Selepas melakukan beberapa kali percubaan, minyak itu pantas disambar api.
Suspek kemudian terus melarikan diri menggunakan motosikal. Kebakaran merosakkan bahagian bonet dan enjin kerera terbabit. Pasukan bomba dilapor mengambil masa selama 20 minit untuk memadamkan kebakaran.
Suspek memberitahu polis bahawa dia ialah seorang anggota polis berpakaian preman yang sedang menyiasat kes penipuan skim piramid.

Dia membakar kereta itu kerana marah akibat selalu dikritik. Menurut salah seorang pemilik kereta, dia sudah lama memakir keretanya di sana dan tidak mempunyai konflik dengan sesiapa pun.
Kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, sebuah van dan trak pikap turut dibakar dengan cara yang sama.
Lelaki berambut panjang itu kemudian akhirnya berjaya ditahan oleh polis daerah Phan Thong. Dia didapati mengambil dadah dan akan menjalani ujian psikiatrik.
https://www.facebook.com/chatchai.surin/videos/10216194570800741/



