MotosikalPandu Uji

TUNGGANG UJI: KTM SUPERDUKE 1290 – SENJATA SESAT DARI MEDAN PERANG!

Apa yang kau tahu pasal KTM? Syarikat Keretapi Tanah Melayu. Betul. Dan selain itu, ia adalah syarikat pembuat motosikal yang agak kurang ternama di mata pengguna Malaysia. Padahal mereka banyak melahirkan model-model yang hebat.

Abang Japar berkesempatan menunggang uji motosikal ini KTM Super Duke. Sengaja Abang Japar tak cerita CC enjinnya berapa sebab motosikal ni memang kecik saja saiznya.

Ia cukup kecil sehinggakan ramai menyangka ia adalah model 690. Kalau letak bersebelahan dengan Duke 690 milik Brader Mentakap pun kita akan sangka ia motosikal yang sama.

BACA: TUNGGANG UJI YAMAHA MT-09

Dah lah kecilk, ringan pula tu. Sebagai perbandingan, ia cuma mempunyai berat keseluruhan 195 kilogram berbanding 231 kilogram untuk Kawasaki Z800. 

Memang motosikal ni nampak “kurang CC” berbanding tubuhnya yang sebenar.

Tapi sebenarnya tidak. Super Duke R ini didatangkan dengan enjin 1290cc tuan-tuan. Paling besar untuk sebuah naked streetbike yang ada di pasaran hari ini. 

MOTOSIKAL HOOLIGANEROPAH

Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, motosikal ini telah diterima dengan baik di seluruh dunia khususnya bagi mereka yang meminati kuasa dan kredibiliti motosikal jalanan. Ia dianggap motosikal muscle yang memang jauh berbeza dengan jenama lain di pasaran.

Itulah uniknya motosikal keluaran KTM, tengok dari jauh pun dan tahu yang ia adalah sebuah KTM.

Syarikat dari Austria ni telah menaik taraf model Super Duke R 1290 mereka agar jadi lebih menarik berbanding model sebelumnya.

Model 2017 ini mempunyai lebih kuasa, suspensi baru dan tetapan elektronik baru supaya track day pemiliknya menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Kecuali bagi warga emas sepetri Abang Japar yang ride lebih banyak tegak daripada korner.

ENJIN ROKET

Enjin 1301cc 75-darjah v-twin ini sebenarnya mampu menanggalkan tangan kau dari soket pergelangan tangan jika pendikit diperah dengan membabi-buta. Dengan 177 hp kuasa maksima pada 8,870 rpm dengan tork maksima 141 Nm pada 6,500 rpm, dalam masa seminggu menunggangnya, Abang Japar hanya menggunakan mungkin hanya 30 peratus sahaja kuasanya.

Benar. Lebih baik Abang Japar mengaku daripada sembang kari dan menulis merapu konon pecut 299km/j kat Karak. Padahal pergi kopi Mansor dengan geng NVX je pun.

Ia ada banyak tork dan dengan mod race (177hp), pulas sahaja pendikit dan 450% kuasanya terhambur keluar. Ia bukan motosikal yang kau beli dan untuk menunjuk tapi tak cukup skill. 

Ia direka untuk yang sudah mahir. Sebab itu juga, Abang Japar lebih banyak menggunakan mod “rain” yang menghadkan kuasanya kepada 133hp. Dan pada jumlah itu pun, ia sama kuasa dengan motosikal terbaik dunia Triumph Street Triple 765cc pada mod riding paling rendah.

Maknanya apa? Patutlah mat salleh beri gelaran “The Beast”.

Dengan kuasa buasnya itu, KTM sedar bahawa ia bukan mudah dikawal. Justeru, bantuan elektronik adalah jawapannya. 

Ia dilengkapi kawalan traksi yang didatangkan dengan tujuh tahap aktif dan diselaraskan dengan unit Bosch Inertial Measurement (IMU) yang memastikan kedudukan pendikit bersesuaian dengan sudut condong motosikal.

Dengan kata lain ia akan membolehkan penunggang mengambil selekoh tanpa rasa ragu-ragu. Kalau terbalik juga memang skil penunggang masih kurang power, bukan salah motor.

PENGENDALIAN

Kuasa yang besar tanpa kuasa brek yang mencukupi memang satu resepi bunuh diri. Super Duke ini dipasangkan dengan brek Brembo M50 dengap angkup 4-piston yang mampu menghentikan motosikal ini dengan hanya satu jari pada tuil brek. 

Suspensi depan WP kini mempunyai spring yang lebih keras untuk dipadankan dengan penyerap hentak tunggak belakang yang turut dilaras kembali. Jarak tapak roda dan suspensi yang baik menjadikan ia motosikal jalanan sebenar dan cukup lincah.

Korang berminat nak memilikinya? Sediakan sahaja RM118,000 dan harga tersebut adalah termasuk dengan GST.

Ia sebenarnya berada dalam liga yang hampir sama. Dalam lingkungan harga ini ada pilihan seperti Ducati Monster 1200, Triumph Speed Triple 1050 dan BMW S1000R.

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”154″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

Google ads
Back to top button