Buletin

LEWIS HAMILTON UBAH ANGIN JADI PENYANYI?

Kita biasa melihat pelumba pasukan Mercedes-AMG, Lewis Hamilton menakluk litar grand prix sehingga boleh diangkat sebagai antara legenda yang lahir dalam sukan permotoran dunia.

Bagaimanapun, juara enam kali Formula Satu (F1) itu mempunyai perancangan tersendiri mengubah angin dalam kariernya.

Hamilton telah mendapatkan khidmat jurulatih vokal, Justin Bieber iaitu Jan Smith dalam usaha terbaharu menakluk industri muzik.

“Saya tidak berasa sangsi bahawa muzik baharu dia akan mendapat tempat dalam khalayak umum kelak,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mama Jan.

Dalam pada itu, Hamilton menulis di Instagram miliknya bahawa dia merupakan penyanyi rap misteri XNDA yang membuat penampilan dalam lagu Pipe nyanyian Christina Aguilera, dua tahun lalu.

Menurut laporan Daily Mail, jurulatih berusia 62 tahun itu memberitahu, dia akan mengembara ke Monaco untuk melatih vokal Hamilton di antara latihan F1 juara dunia tersebut.

Hamilton mula bermain gitar ketika berusia 13 tahun dan menunjukkan minat berkecimpung dalam bidang muzik sebagai karier apabila Simon Fuller menjadi pengurusnya.

Fuller merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan kumpulan terkenal Britain, Spice Girls pada tahun 2010 sehingga 2014.

Tags
Google ads
Back to top button