LEXUS DAFTAR TANDA DAGANGAN RZ350e, RZ500e DAN RZ550e – BAKAL TAMPIL LEBIH KUASA
Lexus nampaknya sedang giat untuk mengembangkan barisan model elektriknya apabila baru-baru ini laporan mendedahkan Lexus telah memfailkan tanda dagangan RZ350e, RZ500e dan RZ550e.
Untuk rekod, RZ pada mulanya ditawarkan hanya dalam satu konfigurasi sahaja yang dikenali sebagai RZ450e.
RZ450e dilengkapi dengan pek bateri 71.4kWj yang menyalurkan kuasa motor 107hp di gandar hadapan dan motor 201hp di belakang, menghasilkan gabungan 308hp.
Minggu lepas, julat RZ berkembang dengan pelancaran versi RZ300e peringkat permulaan di Jepun dan mengekalkan pek bateri 71.4 kWj yang sama, menghamburkan kuasa pada 201hp serta 266Nm tork.
Walaupun tiada butiran rasmi diketahui tentang RZ350e, RZ500e, dan RZ550e, adalah munasabah mengandaikan bahawa RZ350e akan agak serupa dengan RZ300e tetapi mendapat manfaat daripada motor elektrik lebih berkuasa sedikit untuk meningkatkan prestasi.
Menuurt CarBuzz, RZ500e dan RZ550e kemudiannya akan berfungsi sebagai model utama dalam julat.
Kemungkinan kedua-dua RZ500e dan RZ550e akan dikuasakan oleh motor 201hp di kedua-dua gandar hadapan serta belakang, menghasilkan gabungan 402hp.
Lexus sebelum ini pernah mempamerkan idea RZ berkuasa 402hp apabila ia melancarkan Konsep RZ Sport pada awal tahun ini.
Jadi, Lexus sebenarnya telah memikirkan untuk meningkatkan prestasi SUV itu sejak sekian lama.
- BACA: LEXUS TAWAR AKSES KEMEWAHAN DI SABAH – JANJI PENGALAMAN PEMILIKAN LEBIH LANCAR
- BACA: LEXUS GX 460 PREMIUM AAP BUILD, CONTOH SUV MEWAH UNTUK OFF-ROAD
- BACA: MODEL BEV GENERASI BAHARU LEXUS TAMPIL LEBIH MODEN, TINGKAT KUALITI GAYA HIDUP, PERSEKITARAN
- BACA: JMS 2023: LEXUS MUNCUL DENGAN MODEL KONSEP LF-ZC – DIREKA BENTUK MELALUI TEKNOLOGI GIGACASTING, EV PALING RINGAN