
JMS 2023: LEXUS MUNCUL DENGAN MODEL KONSEP LF-ZC – DIREKA BENTUK MELALUI TEKNOLOGI GIGACASTING, EV PALING RINGAN
Lexus membuat kejutan di Japan Mobility Show 2023 dengan mendedahkan LF-ZC Concept, BEV generasi baharu yang akan dilancarkan pada 2026.
LF-ZC atau Lexus Future Zero-Emission Catalyst, disokong oleh seni bina EV baharu dan menampilkan struktur modular yang dibentuk melalui teknologi gigacasting.
Lexus mengatakan bahawa konfigurasinya membolehkan bahagian hadapan dan belakang LF-ZC menjadi bebas dari segi struktur, selain berupaya menyepadukan dengan bateri baharu.

Tambah Lexus, model berkenaan bakal dilancarkan dengan bateri yang mempunyai struktur prismatik, di mana ia akan meningkatkan julat dan mengurangkan berat.
Malah, Lexus berkata LF-ZC adalah dua kali ganda lebih ringan berbanding kenderaan elektrik bateri konvensional.
Dari segi dimensi, LF-ZC berukuran 4,750mm (panjang), 1,880mm (lebar) dan 1,390 mm (tinggi) dengan jarak roda 2,890mm.

Di dalam kabin, LF-CZ dilengkapi dengan stereng baharu futuristik, skrin sentuh dengan fungsi hiburan di hadapan penumpang, pad digital yang menempatkan shifter, mod pemanduan autonomi dan mod pemanduan serta panoramic roof.
Secara keseluruhannya, bahagian kabin LF-CZ tampil mewah, termasuk menggunakan teknologi AI untuk sistem pengecaman suara selain, rekaan dalaman menggunakan buluh untuk penyerapan XO2 yang ketara.
Lexus belum lagi memberikan spesifikasi teknikal tetapi menyatakan bahawa ia mempunyai sistem pacuan semua roda Direct4 dan sistem steer-by-wire, serupa dengan Lexus RZ.
GALERI:









- BACA: LEXUS PERKENALKAN MODEL KONSEP EV DI JAPAN MOBILITY SHOW 2023 – SEDIA PENGALAMAN BAHARU UNTUK PENGUNJUNG
- BACA: TAZUNA CONCEPT LEXUS TAWAR PENGALAMAN PEMANDUAN LEBIH MANTAP
- BACA: TEMPAHAN LEXUS RX 500H F SPORT 2023 KINI DIBUKA. 371PS/460NM, BERMULA RM499K
- BACA: LEXUS GX 2024, BANGKIT NOSTALGIA JIP LAMA, 3.5L TURBO V6, 2.4L TURBO HIBRID