PROTON JAMIN KEPUASAN PELANGGAN MENERUSI INISIATIF KECEMERLANGAN OPERASI PROTON (POE)
Bagi meningkatkan kepuasan pelanggan, PROTON melancarkan inisiatif Kecemerlangan Operasi PROTON (POE), bertujuan untuk meningkatkan prestasi pusat perkhidmatan PROTON di seluruh negara.
Bermula dengan 13 cawangan perintis, inisiatif POE akan disepadukan secara progresif ke semua cawangan 3S dan 4S di seluruh negara.
Pendekatan berperingkat ini menekankan komitmen PROTON terhadap pelaksanaan yang sistematik, memastikan kecemerlangan operasi di setiap titik sentuh pelanggan.
POE melambangkan inisiatif asas, mencerminkan dedikasi PROTON terhadap kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan selepas jualan.
Bidang tumpuan termasuk pematuhan kepada proses perkhidmatan berkualiti tinggi, kecekapan juruteknik, integrasi Sistem Pengurusan Pengedar (DMS) yang bakal dilancarkan, dan memupuk kepercayaan terhadap jenama.
Strategi berkenaan adalah termasuk mendapatkan tarikh servis pilihan dan menyelaraskan proses perkhidmatan dengan keperluan pelanggan, pembangunan juruteknik juga merupakan teras kepada POE, dengan program latihan komprehensif memastikan peningkatan kemahiran yang berterusan.
Mengenai ketersediaan alat ganti, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Roslan Abdullah berkata, “Peningkatan kapasiti gudang kami telah mengurangkan masa penghantaran dengan ketara iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus, membolehkan kami menyimpan lebih banyak alat ganti, menyelaraskan pemprosesan pesanan, mengendalikan penghantaran ke luar negara, serta mengekalkan stok barangan kritikal lebih besar untuk pembaikian kereta pelanggan yang lebih cepat.
“Ini cara kami untuk mengatakan kami di sini untuk anda, bersedia untuk memastikan anda berada di jalan raya dengan gangguan yang minimum.”
Di sebalik penambahbaikan operasi, PROTON turut memberi penekanan yang kuat untuk membina dan mengukuhkan kepercayaan, keyakinan terhadap jenama dan perkhidmatannya.
Selain itu, inisiatif itu juga memperkasakan rangkaian peniaga, saluran komunikasi terbuka, usaha kolaboratif, sesi bimbingan satu sama satu, dan berkongsi amalan terbaik di kalangan pengedar.
Menurut PROTON, inisiatif ini memupuk budaya kecemerlangan dalam rangkaian pengedar.
- BACA: PROTON ENGGAN KE PASARAN INDONESIA, THAILAND, PERSAINGAN TERLALU SENGIT – DR LI CHUNRONG
- BACA: HASIL JUALAN PROTON TERUS KUKUH, LEPASI JUMLAH JUALAN SEPANJANG TAHUN – 141,900 UNIT
- BACA: SIAPA KATA SELEPAS JUALAN PROTON TAK BAGUS? ABANG BERAS HAPPY HANTAR X70 KE PUSAT 3S PROTON
- BACA: PROTON SASAR 5,000 TEMPAHAN PROTON S70 MENJELANG AKHIR TAHUN INI, MASUK PASARAN 15 NEGARA