Buletin

LEXUS RX 350 LUXURY 2023 KINI DI MALAYSIA. 2.4L TURBO, 279PS/430NM, WARNA METALIK TEKNOLOGI SONIC, BERMULA RM469K

Lexus Malaysia hari ini memperkenalkan SUV popularnya, RX ke pasatan tempatan secara rasmi. Mula dioerkenalkan sejak tahun 1998, RX menjadi model penting Lexus yang menggabungkan aspek kemewahan salon mewah dengan praktikaliti sebuah SUV. 

Dengan kemampuam untuk pergi ke mana-mana saja, praktikal untuk kegunaan harian dan mengharung laluan off-road dengan prestasi, selain keselesaan sebuah sedan premium, Lexus RX mencipta ruang baharu dalam segmen berkenaan. 

“Kini selepas 25 tahun, Lexus RS telah terjual sebanyak 3.5 juta unit di seluruh dunia. Perjalanan baru Lexus RX bermula dengan model generasi kelima ini,” kata Presiden Lexus Malaysia, Datuk Ravindran K.

Lexus Malaysia menawarkan RX 350 Luxury yang diimport sepenuhnya, lengkap dengan enjin 2.4-liter turbocas empat-silinder petrol. 

Dibangun menggunakan platform GA-K, jentera itu 25mm lebih lebar dan jarak antara roda 60mm ang lebih panjang, sekali gus menawarkan ruang dalaman yang luas. 

RX 350 serba baharu tampil dengan rekaan yang segar. Menjadi penanda kepada permulaan arah rekaan baru Lexus yang hadir dengan rekaan badan spindle bersama identiti baharu. 

Gril baharu yang lebih halus merupakan evolusi kepada RX, membuatkannya kelihatan semakin sporty. Bucu hud depan dinaikkan, sementara bucu tingkap belakang direndahkan, menjadikan postur melintangnya lebih rendah dan rekaan luarannya lebih unik. 

Imej tersebut diserlahkan dengan pilihan warna yang disediakan untuk RX. Berdasarkan konsep rekaan “Alluring x Verve”, warna yang direka untuk RX memberi tumpuan untuk menonjolkan lagi bentuk kenderaan dengan kualiti yang lebih memukau. 

Hasilnya, warna metalik itu menggunakan teknologi sonic bagi menyerlahkan bentuk rekaan melalui bayangannya. Pendekatan tersebut tidak hanya mencipta tanggapan yang kukuh kepada SUV ini, malah mengubahnya ketika berada di bawah pancaran cahaya. 

Ruang kabin mewah 

Ruang kabin Lexus RX 350 menggunakan konsep Tazuna yang memberi tumpuan kepada manusia. Direka untuk menjadi kokpit yang mengutamakan pemandu, rekaan itu menawarkan hubungan yang lebih rapat antara kenderaan dan pemandu untuk pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan. 

Ruang dan keselesaan turut dipertingkatkan untuk penumpang dengan memberikan standard kemewahan lebih tinggi.

Untuk mewujudkan lebih sinergi di antara manusia dan jentera, Lexus menggabungkan pengaruh rekaan Omotenashi dengan teknologi canggih. Perincian diberikan terhadap saiz, bentuk, susun atur dan maklumat suis yang ada pada ruang kabin untuk menciptakan kesepaduan. 

Pereka Lexus tidak hanya memberi tumpuan terhadap kedudukan optimum dan bentuk untuk operasi yang lancar, tetapi juga kekerapan penggunaan bagi setiap fungsi turut dipertimbangkan. 

Suis pada roda stereng, sebagai contoh, disepadukan dengan head-up display untuk membolehkan pemandu memberi perhatian penuh ketika memandu. 

Tunjuk arah, audio, dan pelbagai fungsi lain pula boleh dikawal tanpa perlu mengalihkan perhatian daripada pemanduan. 

Paparan 14-inci di tengah boleh disesuaikan dengan beberapa fungsi yang disepadukan ke dalam suis lembut. Kesan daripada semua ini adalah sebuah persekitaran yang moden, jelas dan dirangkum menjadi pengalaman pemanduan RX yang lebih dinamik.

Prestasi enjin 2.4L turbo 

RX 350 Luxury dijana oleh enjin 2.4 liter empat-silinder turbocas yang digandingkan bersama transmisi automatik lapan-kelajuan Direct Shift-8AT dengan teknologi shift-by- wire. Enjin yang mampu menjana kuasa mencecah 279PS dan tork 430Nm pada 1,700-3,600rpm itu dipadankdan dengan sistem AWD kawalan elektronik. 

Ia berfungsi mengoptimumkan agihan kuasa tork pada roda depan dan belakang, SUV ini akan menyesuaikan maklum balasnya mengikut permukaan dan keadaan jalan yang berbeza. Adaptive Variable Suspension (AVS) pua membantu mengawal daya hentakan untuk memberi lebih keselesaan. 

Active Noise Control (ANC) berperanan mengurangkan bunyi bising dalam kabin, menjamin keselesaan dan kesenyapan untuk semua penumpang. 

Dari segi keselamatan, SUV mewah itu dilengkapi Lexus Safety System+ (LSS+) yang telah dipertingkatkan. Ia kini menampilkan Panoramic View Monitor digital dengan pandangan 360  darjah kenderaan serta Rear Traffic Cross Alert, untuk membantu pemandu keluar dari ruang parkir yang sempit. 

Ia juga dilengkapi sistem E-latch untuk kedua-dua bahagian dalam dan luar pemegang pintu. Sistem kawalan elektrik tidak hanya menjadikan operasi pintu lebih lancar, malah berupaya mengelak pelanggaran ketika penumpang ingin keluar dari kenderaan. 

Ketika memasuki kenderaan, pintu boleh dibuka dengan cara memegang pemegang tersebut dan menekan suis di belakangnya. Di dalam, pintu boleh dibuka dengan meletakkan tangan di pemegang perehat tangan dan menekan suis pembuka pintu dengan ibu jari. 

Digandingkan dengan Blind Spot Monitor dengan Safe Exit Assist (SEA), RX 350 Luxury akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya ada kenderaan atau basikal yang datang dari arah belakang. 

Sekiranya objek itu terlalu dekat dan mungkin berlaku perlanggaran dengan pintu, E-latch akan menghalang pintu daripada dibuka.  

Tempahai RX 350 Luxury 2023 akan dibuka di semua bilik pameran Lexus Malaysia bermula 17 Mei 2023. Lexus RX 350 Luxury dijual pada harga RM468,888 (di atas jalan tidak termasuk insurans)  dan datang dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.lexus.com.my

GALERI

Google ads
Back to top button