Buletin

LEXUS LM 2024. HIBRID TURBO 2.4L DAN 2.5L, KONFIGURASI 4, 6 & 7 TEMPAT DUDUK, SKRIN 48″

Empat tahun selepas penampilan sulungnya, Lexus kini mendedahkan model Lexus LM serba baharu di Shanghai Auto Show 2023. Model itu akan dilancarkan di lebih 60 buah negara termasuk Eropah.

Lexus LM 2024 mempunyai dimensi 5,125mm panjang, 1,890mm lebar dan 1,955mm tinggi. Model ini dipadankan dengan gril hadapan yang besar serta diserlahkan lagi rim bersaiz 19-inci.

Lexus menawarkan LM baharu dalam konfigurasi 4, 6, dan 7 tempat duduk. Model 4 tempat duduk adalah paling mewah selain didatangkan dengan sekatan antara tempat duduk hadapan dan belakang.

Perincian lain di dalam kabin termasuklah paparan skrin lebar 48 inci, peti sejuk, ruang penyimpanan tersendiri, tempat letak tangan, kerusi ottoman dengan ciri pemanas, selain terdapat sistem pemanasan dan penyejukan lanjutan bagi menyesuaikan suhu di muka, dada, peha, serta kaki penumpang.

Memandangkan LM sangat menitikberatkan keselesaan, tidak mengejutkan jika Lexus melaburkan banyak masa serta sumber untuk menjadikannya lebih premium.

Sebagai contoh, ia menganalisis pergerakan badan penumpang di samping mampu memastikan pergerakan kepala dikurangkan untuk menstabilkan penglihatan.

Tempat duduk hadapan juga direka bentuk untuk mengawal pergerakan badan dengan lebih baik, manakala tempat duduk baris kedua menampilkan dua jenis penyerap hentakan bagi memberi lebih keselesaan.

Selain itu, Lexus LM serba baharu dilengkapi ‘AVS Suspension with Frequency-Sensitive Piston Valve’ yang membolehkan pemanduan lebih lancar.

Beralih kepada ciri keselamatan, Lexus LM menyediakan ciri yang terdiri daripada Lexus Safety System+, merangkumi Pre-Collision Warning, Pre-Collision Brake Assist, Pre-Collision Braking, Dynamic Radar Cruise Control, Lane Departure Alert dan Abnormal Driver Response System.

Dari segi kuasa, Lexus masih belum mengeluarkan spesifikasi penuh untuk LM baharu tetapi pengeluar dari Jepun itu mengesahkan bahawa ia bakal tiba dalam dua konfigurasi iaitu hibrid empat silinder pengecas turbo 2.4 liter dan hibrid empat silinder 2.5 liter.

GALERI:

Google ads
Back to top button