" "
Buletin

TOYOTA, LEXUS UNGGULI CARTA KOS PEMILIKAN TERENDAH UNTUK TEMPOH LIMA TAHUN

Sudah tentu anda bosan bukan dengan nama Toyota?

Jenama yang paling dipercayai itu kini mendominasi anugerah kos pemilikan yang paling rendah sepanjang tempoh lima tahun seperti yang disenaraikan oleh Kelley Blue Book (KBB).

Terdapat sehingga 23 kategori kenderaan yang dipertandingkan, dan sesebuah kenderaan itu dinilai berdasarkan aspek seperti susut nilai, kos anggaran bahan api, yuran pendaftaran dan insurans, kos pembaikan dan penyelenggaraan, serta yuran yang berkaitan.

Daripada 23 buah kategori, Toyota menggungguli lima kategori iaitu:
Toyota Corolla (Compact Car)
Toyota Avalon (Full-Size Car)
Toyota Corolla Hybrid (Hybrid Vehicle)
Toyota Sienna (Minivan)
Toyota Tundra (Full-Size Pickup Truck)

Jenama mewah Lexus juga turut menjuarai beberapa kategori seperti:
Lexus UX (Luxury Subcompact SUV)
Lexus NX (Luxury Compact SUV)
Lexus RX (Luxury Midsize SUV 2 Row)
Lexus LX (Luxury Full-Size SUV)

Senarai penuh boleh dirujuk pada pautan di bawah:

Kelley Blue Book Lowest 5-Year Cost to Own

Google ads
Back to top button