VRAVRA MARS1 – SUV TER-RUGGED INI BAKAL BERADA DI TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR. ANDA DAH BERSEDIA?
Pameran dunia automotif terkemuka dunia, Tokyo Auto Salon bakal dipentaskan di Kuala Lumpur tidak berapa lama lagi. Ada yang dah beli tiket awal kah? Jenama Auto Tokyo Salon ini mempunyai pengaruh yang cukup kuat buat penggemar Majalah Kereta dan juga Mat Kacau.
Dan tahukah bahawa, untuk pameran yang cukup gah di mata para peminat dunia modifikasi ini, ada sebuah model yang bakal di bawa dari Jepun khusus untuk menyertasi TASKL ini. Sekali tengok macam pernah tengok kan SUV ini. Tapi apa pasal nampak sado lain serupa terlebih steroid ni kan?
Model ini diberikan nama VRAVRA Mars yang telah direka oleh tuner Jepun KUHL bagi merubah penampilan model Toyota RAV4 khusus bagi menyertai Tokyo Auto Salon sendiri. Penampilan yang cukup rugged ini berinspirasikan kepada penampilan ala kenderaan tentera terutamanya kit badan yang berketak – ketak dan bersegi itu. Memang nampak lebih garang Toyota RAV4 ini.
Kit badan yang diberikan nama VRAVRA Mars ini boleh dipadankan dengan penggunaan tayar khusus untuk kegunaan off-road dan juga sistem ampaian yang telah dipertingkatkan bagi memberikan hasil yang lebih memberangsangkan.
Toyota RAV4 asalnya sudah pun mempunyai pakej Adventure Off-Road yang dipasang kilang di Jepun, tetapi versi yang dihasilkan oleh KUHL jelas lebih garang dan unik. SUV ini tidak mempunyai logo Toyota, menjadikannya sedikit sukar untuk dikenal pasti kerana adanya bahasa reka bentuk yang berbeza pada komponen tambahan yang agak ekstrim ini.
Bahagian hadapan Toyota RAV4 telah direka semula sepenuhnya, dengan hanya lampu hadapan yang masih sama seperti sebelumnya. Grid baru telah direka bagi menyatu dengan baik bersama unit lampu utama asal. Sementara bahagian bawah bampar yang turut direka baharu telah dicat hitam dengan penampilan yang garang,. Penampilan bonet juga telah direka baharu.
Dan kalau perasan, SUV ini tidak menggunakan body cladding pada bahagian fender. Tetapi bahagian fender belakang telah diberikan proses luluhawa untuk pengembangan yang sewajarnya.
Penampilan luaran diserlahkan lagi dengan penggunaan rim off-road bersaiz 17 serta tayar tebal AT dari Dunlop Grantrek AT5. Manakala bahagian bampar belakang turut direka baharu untuk penampilan yang lebih rugged dan garang.
Menurut laman web rasmi KUHL, kos untuk set kit yang terdiri daripada 12 bahagian adalah ¥2,140,560 ($70,562) termasuk cukai, cat, dan pemasangan. Tetapi tuner Japan ini juga menawarkan pilihan untuk membeli kereta lengkap dari mereka. Sebagai contoh, Toyota RAV4 berkuasa petrol dan penggerak roda depan yang dipasang dengan semua peningkatan yang disebutkan sebelum ini akan menelan kos sebanyak ¥4,290,000 (RM141,416) sahaja.
BACA : TOKYO AUTO SALON 2023 – MITSUBISHI PAMER BARISAN KERETA KEI, SUV ECLIPCE CROSS DAN OUTLANDER
BACA : SUBARU BAKAL PAMER SUBARU IMPREZA STI DAN PROTOTAIP LEVORG STI SPORT # DI TOKYO AUTO SALON 2023