LEXUS BUAT EKSPERIMEN, KERETA EV DENGAN GEAR MANUAL TIPU-TIPU SUNAT
Kalau anda lihat senario penjualan kereta baru di dalam negara kita, penjualan kereta dengan transmisi manual sebenarnya semakin merosot dan berkurang. Gear manual hanya ditawarkan pada varian termurah sahaja dalam barisan penjualan kereta dan tidak semua jenama menawarkan gear manual melainkan model sport prestasi tinggi
Tapi sebagai pengeluar kereta yang terbesar di dunia, Toyota mahu terus menghasilkan transmisi manual termasuklah untuk digunakan dalam kereta elektrik. Seperti yang anda tahu, gear kereta elektrik merupakan gear tunggal dan semua kuasa serta tork datang daripada motor elektrik yang menyediakan tork tinggi pada 0 RPM
Buat masa sekarang hanya Porsche menawarkan transmisi 2 kelajuan pada kereta elektrik buatan mereka manakala semua pembuat kereta elektrik kekal dengan satu gear sahaja. Toyota dan Lexus berkata mereka secara akan membangunkan transmisi manual khusus untuk kereta elektrik
Sistem gear manual yang dibangunkan oleh Toyota dan Lexus ini akan menggunakan perisian khusus bagi menggantikan klac yang akan meniru rasa gear manual bila ditukar, berserta dengan bunyi enjin yang selari bila klac ditekan dan gear ditukar. Sistem ini juga akan menghasilkan gear ratio maya termasuklah kereta akan tersedut-sedut untuk mati jika tersalah gear.
Lexus telah menghasilkan satu model prototaip yang diasaskan daripada model Lexus UX300e elektrik sepenuhnya yang telah dipasang dengan sistem gear manual ini. Anda boleh menonton video di bawah bagaimana sistem ini diuji oleh jurutera di Eropah