Buletin

LEXUS RX 500H F SPORT DAPAT SENTUHAN ADIDAS. INPIRASI FILEM BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER

Lexus baru-baru ini bekerjasama bersama Adidas untuk mengubah suai SUV RX 500h F Sport bagi meraikan filem box office Black Panther: Wakanda Forever.  

Bertemakan filem ‘Black Panther: Wakanda Forever’, Lexus menyerahkan RX serba baharu tersebut kepada School for Experiental Education in Design (S.E.E.D), satu program untuk membantu Adidas mengenal pasti pereka bentuk wanita berbakat.

Persoalan seperti “Bagaimana jika Wakanda mempunyai pasukan olahraga?” menghasilkan RX 500h F Sport seperti yang dipaparkan dalam foto, di mana ia mendapat kemasan corak berlian serta aksen emas. Meskipun ia kelihatan dramatik, namun penggayaan itu membantu menyembunyikan gril besar RX.

Adidas juga memberi sentuhan pada kabin RX dengan menukar upholsteri dan bahan di seluruh bahagian. RX serba baharu itu turut mendapat kemasan corak liar pada tempat duduk, stereng, serta panel pintu. Manakala bahagian konsol tengah serta hiasan pintu dikemaskan dengan aksen emas.

Huruf Wakanda pula menghiasi plat ambang pintu dan stereng RX, di mana pasukan itu menjahit “Wakanda Forever” dalam abjad fiksyen.

Walaupun sesetengah mungkin mendapati penggayaan itu cukup menarik untuk dibeli, namun ia bukan untuk dijual. Kenderaan itu hanya akan dipamerkan di acara berkaitan filem berkenaan. Pasukan S.E.E.D juga menggunakan rekaan tersebut pada baju dengan memaparkan frasa ‘Didik Wanita, Didik Negara’ dalam abjad fiksyen Wakanda.

Google ads
Back to top button