Buletin

LEXUS RX 2023 GUNA PLATFORM TNGA-K, PILIHAN ENJIN BAHARU, REKAAN LEBIH GARANG

Lexus RX 2023 kini hadir dengan rangkaian, platform, dan teknologi dalaman terbaharu. Bahagian luarannya kelihatan seperti gabungan crossover kompak NX terkini dan RZ crossover elektrik.

Terdapat rekaan gril spindle versi baharu untuk Lexus RX 2023. Selaun unit lampu depan baharu dengan lampu DRL binaan dalam serta rekaan perumah lampu kabus.

Rekaan arca roda lebih bulat berbanding model terdahulu dan garis bahu dengan rekaan lebih kemas. Manakala rekaan tiang C memberikan ilusi bumbung terapung seperti model RX terdahulu.

Bahagian belakang pula, Lexus RX 2023 menggunakan unit lampu LED yang dihubungkan dengan satu jalur bercahaya dan rekaan bampar belakang bersama liang ventilasi. Bahagian bawah bampar pula hadir dengan kemasan dua tona yang lebih sporti.

Bahagian kabin RX kelihatan seperti NX, tetapi dalam format yang lebih luas. Sistem pintu elektronik, paparan head-up tersedia, gugusan meter digital dan sistem infotainmen dengan skrin sentuh bersaiz 14 inci. Tidak ketinggalan, butang fungsi pada papan pemuka dan konsol tengah, e-Latch, tombol gear yang lebih ringkas serta sistem pencahayaan ambien.

RX baharu menggunakan platform TNGA Toyota versi GA-K. Dengan menggunakan platform yang lebih moden, Lexus RX kini 89.8kg lebih ringan berbanding Lexus RX generasi keempat. Dimensi RX bagaimanapun tidak banyak berubah, namun telah memanjangkan jarak antara roda sebanyak 60mm.

Enjin V6 yang telah menjadi tunjang utama dalam barisan RX sejak penubuhan model pada tahun 1998, tidak akan kembali untuk 2023.

Sebaliknya, model asas RX 350 dikuasakan oleh turbo-4 2.4 liter yang menghasilkan 275hp dan tork 430Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan dan dilengkapi pacuan roda hadapan standard atau pacuan semua roda (AWD) sebagai pilihan. Pecutan 0-100km/j mampu dicatat dalam masa 7.2 saat untuk versi AWD dan 7.5 saat bagi versi FWD.

Lexus turut menawarkan model RX 350h yang dilengkapi enjin hibrid 2.5 liter dengan sistem pacuan semua roda dan transmisi CVT. Ia mempu menghasilkan kuasa 246hp dan tork 316Nm dengan pecutan 0-100 km/j mengambil masa 7.4 saat.

RX 450h+ plug-in hybrid baharu juga menyertai barisan untuk 2023, walaupun Lexus belum memperincikan rangkaian kuasa itu lagi. Lexus mungkin akan menggandingkan rangkaian kuasa RX 350h dengan pek bateri yang lebih besar.

Lexus turut mendedahkan versi RX 500h F-Sport Performance yang menggunakan enjin 2.4 liter turbo, transmisi automatik enam kelajuan dan gandar belakang yang dipadankan dengan motor elektrik.

RX 500h F-Sport Performance berupaya memecut sepantas 5.9 saat dari 0-100 km/j, dengan janakuasa 367hp dan tork 550Nm yang dilepaskan oleh trenkuasa turbo.

Versi RX  yang sporty itu mendapat rekaan luaran lebih agresif, diikuti kemasan hitam pada sesetengah tempat, diikuti dengan roda stereng balutan kulit berliang, paddle shifter, pedal aluminium, panel pintu suede, emblem F-Sport, serta sistem brek dengan angkup enam omboh.

Setiap RX 2023 akan menampilkan rangkaian teknologi keselamatan aktif yang dikenali sebagai Lexus Safety System+ 3.0. Ia merangkumi brek kecemasan automatik dengan pengesanan pejalan kaki, kawalan pelayaran adaptif, kawalan lorong aktif dan banyak lagi

Lexus masih belum mengumumkan harga RX 2023 yang dijangka mula dijual pada penghujung 2022.

Google ads
Back to top button