" "
Buletin

FREELANDER E0V JADI TARUHAN PERTAMA CHERY DAN JAGUAR LAND ROVER

Kenderaan pertama berjenama Freelander hasil kerjasama antara Chery dan Jaguar Land Rover (JLR) akan hadir sebagai SUV bersaiz penuh dengan tiga baris tempat duduk dan panjang melebihi 5.1 meter.

Model ini, yang diberi kod E0V, akan dilengkapi dengan pilihan kuasa Battery Electric Vehicle (BEV) dan Extended Range Electric Vehicle (EREV).

Freelander E0V dibangunkan berdasarkan platform modular E0X, di mana asalnya direka oleh Chery untuk jenama premium Exeed dan kini dialihkan ke projek usahasama Chery-JLR (CJLR) bagi melancarkan jenama Freelander yang dihidupkan semula.

Freelander E0V ini menampilkan konfigurasi tempat duduk enam orang dalam susunan 2+2+2, sepadan dengan segmen SUV mewah.

Menurut Chery, kenderaan berasaskan platform E0X mampu menghasilkan kuasa sehingga 553hp) dan dilengkapi ciri-ciri seperti suspensi udara serta sistem bantuan pemanduan Tahap 2 (L2).

CJLR telah merancang Freelander E0V untuk memenuhi jangkaan segmen premium dengan gaya yang diselaraskan oleh pasukan reka bentuk JLR, namun spesifikasi utamanya kekal seperti prototaip model utama Exeed.

Freelander ini menjadi langkah penting dalam kerjasama antara Chery dan JLR, bukan sahaja mengukuhkan kehadiran JLR di China, tetapi juga memperluaskan pengaruhnya ke pasaran baru melalui jenama Freelander.

Google ads
Back to top button