SAIC MOTOR MALAYSIA PERKENAL GUDANG ALAT GANTI MG MOTOR DI LEMBAH KLANG
SAIC Motor Malaysia kini memperkukuhkan sokongan selepas jualan dengan penubuhan gudang alat ganti khas untuk jenama MG Motor di Lembah Klang.
Langkah strategik ini bertujuan mempercepatkan perkhidmatan pembaikan dan pemulihan bagi model kenderaan MG, merangkumi enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV).
Antara model yang disokong termasuk MG4 EV, MG ZS EV, MG5 Sedan, MG HS SUV, dan MG Cyberster EV Roadster yang bakal dilancarkan.
Gudang ini dilengkapi lebih daripada 4,500 SKU serta menempatkan lebih 22,000 alat ganti. Ini mencerminkan komitmen SAIC Motor Malaysia dalam menyediakan sokongan selepas jualan yang menyeluruh, sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama MG di Malaysia.
Seiring dengan pelancaran gudang ini, SAIC Motor Malaysia baru-baru ini meraikan pengijazahan 39 juruteknik MG yang bertauliah dan memperluas rangkaian pusat servisnya.
Dengan 12 pusat servis yang sedia beroperasi dan tambahan 13 lagi akan dibuka, pemilik MG kini mempunyai akses mudah untuk servis, waranti, serta pembaikan kenderaan mereka.
Gudang alat ganti ini turut menyokong strategi MG untuk menawarkan pemilikan kos efektif kepada pemilik MG5 Sedan melalui pakej waranti menyeluruh.
Dengan Waranti Kenderaan Perbatuan Tanpa Had selama 5 tahun dan Waranti Powertrain 7 tahun, pelanggan dapat menikmati penyelenggaraan jangka panjang yang menjimatkan kos.
Bagi pemilik MG4 EV dan MG ZS EV pula, mereka dilindungi dengan jaminan bateri 12V selama 1 tahun atau 20,000km (mana-mana yang terdahulu), Jaminan Kenderaan 7 tahun tanpa had perbatuan, dan Jaminan Bateri 8 tahun.
Dengan ini, SAIC Motor Malaysia terus komited memastikan pemilik MG dapat menikmati pengalaman pemilikan yang tenang dan kos efektif.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web mgmalaysia.com atau hubungi MG Careline di 1800-28-3636.