Buletin

“MACAM ADA YANG TAK KENA DENGAN MOTOR SAYA” – HAFIZH

MotoGP pusingan Itali di litar San Marina kelmarin menyaksikan pertembungan hebat pelumba Petronas SRT Fabio Quartararo dan juara bertahan Marc Marquez. Di penghujung saingan, Marquez membuktikan taktikal bertahan hingga ke lap terakhir membuatkan hasil apabila beliau berjaya memintas jentera Yamaha di beberapa selekoh akhir.

Pelumba negara dengan pasukan satelit KTM Hafizh Syahrin juga berjaya mengutip mata berharga setelah kemarau hampir sepanjang musim kedua tahun ini.

Hafizh mendakwa beliau bergelut dengan prestasi motosikalnya yang dikatakan teruk.

“Saya tak tahu kenapa, saya rasa motor ni lain sangat sewaktu sepanjang perlumbaan dan saya minta maaf kepada pasukan dan semua orang sebab tak mampu beri prestasi sebaiknya.

“Saya benar-benar ketinggalan jauh dan rasa sangat perlahan bila berlumba sebab tak dapat kawal motosikal bila keluar selekoh. Ada banyak pergerakan, tak stabil.

“Apapun saya akan terus berusaha dan lebih bermotivasi untuk perlumbaan minggu depan,” Ujar Hafizh.

Boss KTM Tech 3 pula ketika ditanya tentang prestasi keseluruhan pasukan tersebut memberitahu beliau akui pelumba seperti Miguel berhadapan persaingan yang sukar kerana kecederaan yang dialami di litar Silverstone yang belum pulih sepenuhnya.

“Saya rasa kami ada peluang empat atau lima mata di San Marino. Tapi kemalangan yang tak diduga merencatkan usaha dan terima kasih kepada Miguel kerana berusaha walaupun dalam keadaan kesakitan,” ujar Ponchoral.

Hafizh berlumba dengan baik dan berjaya dapatkan mata penting untuk pasukan. Tapi beliau terlalu jauh dari pace. Walaupun tidak gembira, kami perlu terima hakikat dan akan perbaikinya di Aragon minggu depan.

Google ads
Back to top button