Buletin

GRAND FINALE KEMPEN “ROAD TO 900,000TH UNIT MILESTONE” HONDA, 28-29 SEPT 2019

Honda Malaysia menjemput semua untuk sama-sama meraikan jualan ke-900,000 unit dalam tempoh 17 tahun menerusi acara Kempen “Road to 900,000th Unit Milestone” Grand Finale. 

 Dijadual berlangsung pada 28 dan 29 September 2019, acara itu akan diadakan di parkir terbuka Stadium Bukit Jalil.  

Honda Malaysia melancarkan kempen itu dengan tagline  “Terima Kasih 900K” pada Julai lalu sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menyokongnya selama ini. 

“Kami menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan dari seluruh negara. Justeru, kami akan mengadakan majlis Grand Finale dan menyerahkan sembilan kereta kepada pemenang.

‘Kami juga akan mempamerkan Civic baharu di sana,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. 

Pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang informatif dan menyeronokkan. Dengan “Frontier of Innovation” anda boleh merasai sendiri banyak teknologi tercanggih seperti pengimbas x-ray Sport Hybrid i-DCD, Sport Hybrid i-DCD dan VTEC Turbocharged Game Tower. 

Dalam perkembangan berkaitan, pemenang kedua Lim Hong Ngee dari Setapak, menerima sebuah Honda HR-V. 

Kini, tinggal tujuh lagi kereta untuk dimenangi. Sila layari laman web honda.com.my/microsite/900k atau Facebook rasmi di https://www.facebook.com/hondamalaysia/ untuk maklumat lanjut. 

Google ads
Back to top button