Buletin

MAJLIS PECAH TANAH BMW 4S MILIK MILLENNIUM WELT DI SEREMBAN 2. DIJADUAL SIAP Q1 2023

Millennium Welt baru-baru ini mengadakan majlis pecah tanah bagi bangunan BMW 4S miliknya di Seremban 2 yang dijangka siap menjelang suku pertama tahun 2023.

Fasiliti bernilai RM60 juta dengan keluasan 153,948.00 kaki persegi itu terletak di bandar satelit Seremban 2. Ia akan dibina berdasarkan kepada konsep BMW Retail NEXT terkini.

Pusat BMW 4S Seremban 2 akan dilengkapi dengan fasiliti pasca jualan yang ekstensif, meliputi 12 ruang produktif dan 181 lot parkir. Ia turut memuatkan jenama-jenama daripada portfolio BMW Group Malaysia merangkumi BMW, BMW i, BMW M, BMW Premium Selection, BMW Motorrad, MINI dan MINI Used Car NEXT.

“Di Millennium Welt, pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan bermula sebaik sahaja pelanggan memasuki pusat pengedaran ini.

“Kami komited untuk membantu setiap pelanggan menemui jentera BMW, MINI atau BMW Motorrad yang sempurna untuk keperluan mereka,” kata Pengarah Urusan Millennium Welt, Bryan Wong.

Buat masa ini, pelanggan di kawasan berhampiran boleh mengunjungi bilik pameran sedia ada di Jalan Tun Dr Ismail. Kemudahan itu memberi khidmat kepada pelanggan BMW di Negeri Sembilan sejak tahun 2013.

Millennium Welt merupakan wakil pengedar bertauliah bagi jenama BMW di Malaysia, dengan empat pusat pengedaran di dalam negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button