Buletin

MIRC 2024 – KITA JUMPA DI KUANTAN GUYS!

Kali terakhir perlumbaan rali di permukaan gravel yang diadakan secara kompetetif adalah sewaktu di pusingan MNRC Rally Championship Rally Maran pada tahun 2022 yang dimenangi oleh Karamjit Singh. Siri perlumbaan yang sepatutnya berlangsung beberapa pusingan hanya sekali itu sahaja dan selebihnya para pemandu terpaksa ketar kaki hanya berlumba di Rally Sprint, jadilah kan. Jom kita baca apa yang menarik untuk MIRC pusingan pertama yang akan diadakan di Kuantan ini nanti.

  • Siri perlumbaan ini terpaksa ditukar nama daripada International kepada Iconic (Malaysia Iconic Rally Championship) atas faktor keperluan membayar sanction fee kepada pihak MAM & FIA. Malah sebenarnya perkataan Iconic tersebut turut merujuk kepada kelahiran lagenda rali negara seperti Karamjit Singh dan juga Saladin Mazlan yang cukup ikonik dengan sukan rali ini.
  • Tarikh asal sebelum ini yang terlalu dekat dengan bulan Ramadhan akhirnya terpaksa ditunda ke Tarikh 17-19 Mei ini setelah mendapat pandangan daripada beberapa pihak yang terbabit.
  • Menurut Haji Sutan yang dihubungi selaku antara orang kuat penganjur, walau pun perkataan International telah diganti kepada Iconic namun khabarnya masih akan ada juga penyertaan pemandu dari luar negara seperti Indonesia, China & India yang telah menyatakan minat untuk turut serta. Untuk peserta tempatan mungkin sekitar diantara 10 – 15 jentera rali yang akan turun beraksi di Kuantan kelak.
  • Selain daripada perlumbaan MIRC, akan turut juga diadakan adalah Malaysia International Rally Carnival khususnya untuk semua peringkat. Akan ada festival makanan, reruai daripada Jabatan Kerajaan, Autoshow, dan juga Ceramah daripada Pendakwah tersohor .
  • Untuk perlumbaan MIRC sendiri, acara perasmian merangkumi Pelepasan & Penutup akan diadakan di KotaSAS, Kuantan.
  • Manakala untuk perlumbaan dan Services Park, ianya akan berpusat di Gugusan Felda Panching dengan SS akan diadakan di kawasan sekitar meliputi kawasan kelapa sawit di Felda Panching Timur, Felda Panching Selatan dan juga Felda Panching Utara.
  • Selaras dengan penganjuran MIRC ini penganjur turut ingin mempelawa mana – mana pihak yang berminat untuk turut serta sama ada sebagai penaja / rakan stragetik / peserta / pempamer.

Untuk menyertai MIRC –

  • Azmeer Yusri : 012 242 2784
  • Dinie Nazmie : 016 333 8261

Untuk menyertai Karnival –

  • Farez Zuan : 011 1960 6844
  • Chris Daniel : 018 260 4095

BACA : MALAYSIAN INTERNATIONAL RALLY CHAMPIONSHIP 2024 (MIRC) – SIAP SEDIA SEMUA KAWAN – KAWAN!

BACA : VANTAGE MNRC RALLY CHAMPIONSHIP 2022 DI MARAN HUJUNG BULAN INI

Google ads

B K

Back to top button