Buletin

MALCOLM WILSON DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN FIA. MAKIN MAJULAH SUKAN RALI

Malcolm Wilson OBE yang merupakan individu penting di sebalik kehadiran pasukan M-Sport Ford selama beberapa dekad dalam FIA World Rally Championship (WRC) kini telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Sukan FIA (Fédération Internationale de l’Automobile) yang baharu.

Pencalonan Malcolm Wilson telah dikemukakan oleh Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem awal tahun ini dan diluluskan secara rasmi oleh FIA Member Clubs semasa Perhimpunan Agung Luar Biasa Khamis lepas di Macau. Pelantikan itu meletakkan lagenda warga Britain itu dalam salah satu peranan paling kanan dalam tadbir urus sukan permotoran global.

Untuk yang tidak mengenali siapakah Malcolm Wilson yang berusia 69 tahun ini, adalah merupakan seorang pemandu rali handalan dan pernah memenangi kejuaraan British Rally Championship pada tahun 1994.

“Saya gembira untuk mengambil peranan sebagai Timbalan Presiden FIA untuk Sukan,” ujar Malcolm Wilson. “Ketika Persekutuan meneruskan misinya untuk memajukan sukan permotoran dan membangunkan inisiatif akar umbi, saya berharap dapat memainkan peranan dalam membantu membentuk masa depan sukan yang kita gemari dan bekerjasama dengan Presiden untuk terus mengembangkan dan mengukuhkan kejuaraan kita.”

Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem juga turut berkata, “Peranan Timbalan Presiden untuk Sukan adalah sangat penting bagi organisasi kami, dan salah satu yang Malcolm Wilson akan menawarkan banyak pengalaman. Setelah bersaing selama lebih 40 tahun di peringkat tertinggi, sebagai pemandu dan rakan kongsi teknikal kepada pasukan, kepakarannya akan menjadi tidak ternilai kepada FIA dan Organisasi Ahli kami. Saya gembira untuk mengalu-alukan Persekutuan dan Malcolm untuk terus memajukan sukan permotoran ini.”

Untuk rekod, sebagai pemilik pasukan M-Sport Ford, sudah tentu ketika membawa pasukannya menjuarai kategori Pengeluar ketika musim WRC 2005 serta berterusan membawa jenama Ford dalam saingan rali dari kelas terbawah sehinggalah ke kelas utama WRC dari tahun 1997 (setelah operasi Ford World Rally Team menarik diri sebagai pasukan rasmi) sehinggalah ke hari ini.

BACA : PEMILIK M-SPORT FORD AKHIRNYA BERPELUANG MEMANDU FORD PUMA RALLY1

BACA : M-SPORT FORD MAHU EMPAT LAGI PERLUMBAAN DARIPADA SEBASTIAN LOEB

Google ads

B K

Back to top button